Monday, January 16, 2012

0 PAS Tunduk Kepada PKR, Nik Aziz Tak Mampu Tutup Mulut Hasan Ali...


Walaupun mendapat kritikan hebat dari Mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi amaran kepada Hasan Ali supaya "jaga mulut" namun ianya tidak mampu menutup mulut Hasan Ali yang terus membongkarkan kepincangan parti PAS.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata parti itu telah tunduk kepada tekanan daripada PKR sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada parti dengan tidak mengikut prosedur.

Sedangkan perbezaan pendapat antara beliau dan pemimpin tertinggi parti berhubung saranan kepada pelajar supaya tidak menyertai perhimpunan 9 Januari itu telahpun "diharmonikan," katanya.


"Saya juga hairan bagaimana PAS boleh tunduk dengan tekanan PKR yang meminta saya dipecat. Apakah PAS sudah hilang maruah diri?

"Pemecatan saya bukan atas dasar kesilapan yang saya lakukan yang telahpun diharmonikan tetapi semata-mata menegur pimpinan PKR yang menghadapi kes mahkamah yang saya katakan bersifat peribadi," katanya dalam satu sidang media di kediamannya hari ini.

Katanya, saranan beliau itu menimbulkan kemarahan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang kemudiannya meminta pucuk pimpinan PAS supaya segera memecat beliau.

"Keesokan harinya (8 Januari) jawatankuasa PAS pusat bersidang dan memutuskan secara drastik bahawa saya telah dipecat daripada menjadi ahli PAS tanpa memberi peluang kepada saya membela diri terhadap tuduhan saya saya sendiri pun tidak dimaklumkan sehingga hari ini.

"Pemecatan saya itu tidak menggunakan prosedur yang biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik," katanya lagi.

Tambahnya, beliau sepatutnya diberi peluang untuk membela diri terhadap tuduhan bertulis.

Hasan berkata, isu berhubung saranan beliau itu telah "diharmonikan" dalam pertemuan dengan mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 27 Disember lalu.

Katanya lagi, Abdul Hadi dalam pertemuan tersebut juga telah memberitahunya bahawa langkah mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno tidak melanggar disiplin parti.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates