Tuesday, January 24, 2012

0 Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Perlahan


Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini, mula bergerak perlahan di beberapa tempat termasuk dari Bentong, Pahang ke ke Gombak, Selangor.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laman twitternya melaporkan jumlah kenderaan semakin bertambah dan mula bertali arus dari Bentong ke Gombak.

Sementara laman sesawang Twitter Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)terdapat kemalangan di Km355.6 ke Utara, Slim River-Sungkai, Perak menyebabkan trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Selain itu, trafik dari Ayer Hitam ke Yong Peng, Johor juga semakin meningkat.

Laman twitter PLUS turut melaporkan keadaan trafik dari Nilai ke Seremban terdapat kemalangan di Km274.5 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

PLUS dan LLM menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan berhati-hati dan mengamalkan pemanduan yang berhemah di lebuh raya.

Sumber: Bernama

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates