Monday, January 16, 2012

Tutup Mulut, Semua Kena Ikut Nasihat Nik Aziz


Panas giliran Nik Aziz pula kena... Kenyataan Hasan Ali hari ini membayangkan pemimpin PAS sekarang jadi "tukang angguk-angguk geleng-geleng", siapa lawan Anwar atau DAP... buruk padahnya...

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hormati nasihat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memintanya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu pemecatannya.

Namun, Hasan juga menegaskan, nasihat tersebut perlu diikuti oleh semua pihak termasuk pimpinan tertinggi Pas.

Beliau dipecat sebagai ahli Pas Ahad lalu.

Hasan berkata, walaupun keahliannya dipecat serta-merta, namun beliau masih lagi menganggap Menteri Besar Kelantan itu sebagai guru beliau.

Menurutnya, segala nasihat yang diberikan oleh Nik Aziz akan menjadi panduan utama dalam perjuangan beliau pada masa hadapan.

"Saya hormati Nik Aziz sebagai tok guru, beliau suruh tutup mulut, semua orang perlu tutup mulut, termasuk orang yang bercakap itu sendiri," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Nik Aziz agar beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengkritik dasar parti.

Kelmarin, Nik Aziz menegaskan tindakan Hasan terus membuka mulut dan bercakap secara terbuka, menunjukkan seolah-oleh beliau tidak cerdik dalam membuat keputusan.

3 comments:

Anonymous said...

Cerdik dalam parti dalam definasi Nik Aziz dan PAS adalah mengikut garis panduan berikut:

1. Apa-apa Nik Aziz buat dan kata adalah betul.

2. Apa-apa Hj Hadi buat dan kata adalah betul.

3. Sekiranya Hj Hadi atau mana2 pemimpin PAS bercanggah pendapat dengan Nik Aziz, sila ikut peraturan No. 1.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Peduli apa pun kalau HAsan Ali nak bersuara, dia bukan ahli PAS atau pun exco... Kerana mengkritik abis semua ditendang dan dilucutkan... Kalau duk dalam PAS pun hanya jadi Pak Angguk dan tidak boleh bersuara... baik duk diluar PAS, nak cakap apa pun tak ada yang larang... Konon memperjuangkan kebebasan bersuara, tapi suara suruh simpan dalan serban yang berbau...

musangkar said...

so....Hasan. hang nk pangkah BN ka PR masa PRU nanti?