Sunday, February 26, 2012

Badrul Amin Nafi Laporan Ditangkap Tapi Kena Cekup Je!


Biasa la... orang kalau dah buat jahat mana nak mengaku... sebab itulah ajaran yang di bawa oleh Imam Mahdi (gelaran yang di beri kepada Anwar Ibrahim). di bawah penjelasan dari Badrul Amin...

UMNO jugak yang dipersalahkan!

Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat Jaip esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya."

Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri.

Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya.

"Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," katanya lagi.

Oleh itu jelas Badrul Amin, atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu wanita berkenaan mendapatkan bilik penginapan.

"Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya.

"Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

"Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka," katanya sambil menambah, "namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik."

Dalam kenyataannya, Badrul Amin juga berkata, hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jaip tiba dan menahannya berseorangan dalam bilik.

Sehubungan itu, Badrul Amin juga berkata, kenyataan Timbalan Pengarah Jaip bahawa beliau ditahan oleh pegawai-pegawai penguat kuasa jabatan itu ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya.

"Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan Jaip pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini," katanya lagi.

Katanya, dengan penjelasan itu beliau berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya.

"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya," katanya lagi.

2 comments:

Anonymous said...

dialog macam biasa dengar aje !!!!! macam cerita bawa ubat kat kelantan satu masa dulu.. orang kesayangan Imam Mahadi.. tentu maksum...

Anonymous said...

Macam mana dapat PHD ni,bila kena tangkap mencuri sebok pula kata tak mencuri...bahlooollllll betul Mamat nicsibi