Tuesday, May 8, 2012

Apa Cerita... Azizan Naikkan Yuran KUIN, Anwar Nak Bagi Percuma!


Apa kes ni? Sedang hebat Anwar memperkudakan Mahasiswa untuk menghapuskan PTPTN muncul pula cerita baru dimana Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.

Apa celop!

Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.

"Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.


Mengulas lanjut, Azizan berkata Kuin adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin.

"Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, Kuin masih belum cukup kemudahan ketika itu.

"Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya. - Bernama

Hidup! Hidup! Hidup! Mahasiswa semua kena tipu oleh Anwar! Pe cer???

6 comments:

jab sp said...

Apa punya bodoh dan bahlol dan bengong dan bangang punya posting.
Azizan nak naik dia punya hal,yang dok jadi bodoh dok kata Anwar punya kerja tu pasai apa.Azizan bukan dok bawah telunjuk Anwar.Kerajaan Negeri pun bukan di bawah telunjuk Anwar.
Betoi betoi punya bangang dan bodoh dan bahlollah hang ni.
Lembu lembu umno bolihlah hang perbodoh dengan posting sampah ni.

Anonymous said...

hahahaha! kelakar bila tengok puak Anwar meroyan! dasar x boleh terima kenyataan!

Anonymous said...

pendidikan diIPT dibawah kementerian patut diberi percuma...
bagi IPT swasta terpulang pada mereka ...
yg dibawah kerajaan negeri bergantung pada keadaan kewangan negeri itu,contohnya selangor atau terengganu boleh bagi percuma kot...

Anonymous said...

haha....kedah under pembnkang...bngng!!

Anonymous said...

umno/bn kata pendidikan percuma,
negara boleh bankrap...
yg sebenarnya ialah negara akan bankrap bila wang rakyat disalah guna oleh para menteri dan kroni...

Anonymous said...

Kalau UMNO PTPTN Selembek ko salahkn dorang .itulah inilah.bila kena batang hidung korang Pandai nak kasi alasan itu ini ..nampak sgt perangai korang mmg macm tu . Sedarlah bro jgn butakn matakau.. Pendidikan Percuma ? Mana ada benda Free bro ko masuk Tandas Awam pn 30sen Tau ..Cakap cam org Bodoh!