Sunday, May 13, 2012

Pemuda Pas Buat Lawak Mahu Karpal Hormat Hadi


Dewan Pemuda Pas hari ini membuat lawak dengan membidas sikap Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan melaksanakan undang-undang hudud jika semua syarat lengkap apabila berkuasa kelak.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, Karpal tidak wajar menyatakan pandangannya secara terbuka terhadap Presiden Pas.

"Sebagai Presiden Pas, beliau berhak mengeluarkan kenyataan berhubung dasar perjuangan Pas.

"Sebagai pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat (PR) pula, Presiden Pas berhak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam PR," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Minggu lalu, Karpal menggesa Abdul Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak PR.

Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika PR memerintah.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.

Raja Ahmad berkata, Pas menghormati pandangan dan kenyataan pemimpin DAP dan prinsip perjuangan mereka.

"Justeru, Dewan Pemuda Pas meminta Karpal Singh turut menghormati pandangan Presiden Pas dan pandangan beliau terhadap perjuangan Pas.

"Dewan Pemuda Pas mengingatkan, kenyataan Karpal tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Kenyataan beliau boleh mengeruhkan hubungan dan mengikis keyakinan rakyat terhadap PR.

"Lebih dari itu, teguran Karpal mengguris hati ahli Pas serta umat Islam di negara ini umumnya," katanya.

Raja Ahmad menambah, dasar Pas sejak dahulu sehingga kini jelas iaitu untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Pas tidak pernah menggadai prinsipnya serta membohongi rakyat tentang prinsip Islam yang diperjuangkan walau dengan siapa ia bersahabat," katanya.

Raja Ahmad juga menasihatkan Karpal supaya memberikan fokus terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 serta isu-isu untuk kepentingan rakyat negara ini kerana ia lebih utama daripada mengkritik sesama sendiri.

Senang-senang je kan DAP pijak kepala orang PAS!!! Bila dia nak pijak dia pijak! bila dia nak kencing dia kencing atas kepala orang PAS Haprak! 


Tunggu apa lagi der?

5 comments:

Anonymous said...

Nama saje PAKATAN Rakyat..., tiada keserasian langsung..!! Dasar pun bercanggah..!!

PAS tak tahu malu..!! Jual nama Ugama Islam serata pelusok kampong & negeri.., konon nak melaksanakan syariat Islam.., tetapi rakan kongsi mereka adalah syaitan yg amat jahat..!! Dah lah gitu.., syaitan ni TAK RESPEK langsung kat PAS !!

Ciittt... !! Penipuu kamu, PAS...!!

Ali said...

Nak balas dendam kepada dap tak dapat UMNO juga jadi sasaran'AGENDA UMNO'la bla bla.

Anonymous said...

Tu la undi Pas dapat Dap.

Anonymous said...

tindakan pemuda PAS kat DAP ni ibarat perempuan bogel melarang perogol supaya jangan merogol..hahahaha

Berita dari gunung said...

Selepas berpuluh-puluh tahun, orang pun dah tahu sandiwara itu, kerana ianya adalah ulangan. Tetapi yang percaya, tetap percaya.

Sama juga dengan yang berbaju kuning bertakbirrrr dijalanraya dalam bersih 3, menahan pedih mata dan tembakan air. Dalam kecuh-kecuh itu, mereka tidak tahu Hadi,Kit Siang , Anwar dan Ambiga sudah cepat-cepat masuk hotel, minum dan ketawa dalam coffee house!!