Sunday, May 6, 2012

Perusuh Bersih 3.0: Polis Siar 42 Lagi Gambar


Polis menyiarkan 42 lagi gambar individu, termasuk dua wanita yang dikehendaki kerana disyaki terbabit melakukan pelbagai kesalahan ketika kekacauan sepanjang perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara, 28 April lalu.

Turut disiarkan, lima keping gambar kejadian membabitkan anggota polis yang didakwa mengasari orang awam dan wartawan ketika perhimpunan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Selain itu, polis mengedarkan lapan keping rentetan gambar aksi peserta perhimpunan merempuh kawalan polis yang menunjukkan mereka mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata orang ramai yang mengenali gambar disiarkan perlu menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan.

Katanya, pengedaran gambar anggota yang didakwa mengasari orang awam dan wartawan diharap membolehkan pihak yang menyaksikan kejadian itu tampil memberikan kerjasama bersama bukti supaya keterangan mereka dapat direkodkan pegawai penyiasat.

“Polis meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu tampil memberi kerjasama berserta bukti supaya keterangan mereka direkodkan berasaskan prosedur undang-undang negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau e-mel kepada azmiaziz@rmp.gov.my.

Sementara itu, Mohmad ketika dihubungi mengesahkan hanya seorang individu daripada 49 yang gambar mereka disiarkan sejak kelmarin, tampil memberi keterangan.

“Lelaki berusia 39 tahun itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi (semalam), manakala seorang siswa berusia 22 tahun berjanji hadir bersama peguamnya esok (hari ini),” katanya.

Dalam perkembangan sama, polis menerima ratusan maklumat disalurkan pelbagai pihak bagi membantu mengesan 49 individu dikehendaki berhubung kekacauan di ibu negara Sabtu lalu, sebaik gambar mereka disiarkan, kelmarin.

Maklumat diterima menerusi panggilan telefon dan SMS itu disalurkan oleh orang ramai yang mengenali individu berkenaan berdasarkan gambar disiarkan.

Difahamkan, turut menghubungi polis semalam ialah beberapa individu yang gambar mereka disiarkan untuk menetapkan tarikh bagi memberikan keterangan untuk membantu siasatan.

2 comments:

Unknown said...

Tangkap je semua pencetus kekacauan ni..

NURUL IZZAH: PENGUNDI LUAR NEGARA LEBIH PENTING DARI PENGUNDI DLM NEGARA? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

MACAMANA DGN PENGANJURNYA CEPATLA HUKUM.