Tuesday, June 26, 2012

Akaun RM 3 billion, Siapa Anwar Nak Salahkan?



DALAM banyak-banyak ‘peluru’ ditembak kepada Anwar oleh bekas-bekas orang kanan dan orang suruhannya, rasanya inilah satu-satunya peluru yang penulis rasa tepat-tetap mengenai Anwar. Penulis bercakap tentang dakwaan oleh bekas Penolong Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang menyebut mengenai akaun bernilai RM 3 billion yang didakwa dikawal oleh Anwar sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan satu ketika dulu.

Sudah tentu bila kita bercakap tentang jumlah wang yang ‘ramai’, maka orang yang terlibat pun ramailah juga. Ini bukan seperti perlakuan homoseksual dan zina yang berlaku dalam bilik hotel atau kondo yang hanya melibatkan 2 individu, ini tentang jumlah wang yang besar untuk menyelesaikan banyak masalah ‘orang-orang besar’ (kebetulan kroni-kroni Anwar) yang lain. Lagipun, kawalan ke atas wang haram bukan seperti kes zina yang memerlukan ditunjukkan 4 saksi (merujuk kepada alasan kegemaran Anwar – mana 4 saksi?)

Sukar untuk Anwar mengelak dari terbabit apatah lagi bila Ummi Hafilda baru-baru ini mendedahkan tentang seorang wanita bernama Zaliah Zakaria (bekas tauke kelab lumba kuda) yang dikatakan menjadi antara orang kepercayaan Anwar untuk mengawal urusan berkaitan dengan akaun tersebut. Zaliah pernah melarikan diri dari Malaysia sebaik mendapat tahu dia bakal disiasat BPR berhubung Akuan Bersumpah Datuk Murad tetapi kembali semula ke negara ini selepas kes tersebut menghadapi jalan buntu berikutan kesukaran mendapatkan kerjasama negara luar dimana wang tersebut disimpan.

Satu kes saman antara Hong Leong Bank dengan seorang ahli perniagaan Low Thiam Hoe berhubung pinjaman berjumlah RM 445 juta pada 1999 untuk pengambilalihan KBB dari Idris Hydraulic, turut menyebabkan Anwar terus tersepit kerana di dalam Akuan Bersumpah Datuk Murad, perkara tersebut turut disentuh. Logiknya, takkanlah semua hal yang berkaitan dengan Anwar ini timbul secara tiba-tiba dan di platform yang berbeza-beza..

Seperti biasa bila tersepit, Anwar akan mencari jalan bagaimana mengalihkan atau ‘berkongsi’ kesalahan tersebut kepada pihak lain, terutama sekali musuhnya dunia akhirat, UMNO.

Inilah yang membawa kepada maklumat terbaru yang penulis terima, mengatakan bahawa Anwar bersedia untuk tampil dengan sidang media dalam jangka masa terdekat untuk menyatakan peranannya dalam soal akaun RM 3 billion ini. Anwar juga disebut-sebut akan mendedahkan beberapa nama pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dalam sidang media tersebut yang di dakwa turut terlibat.

Antara nama-nama yang telah disediakan Anwar untuk disebut ialah Allahyarham Tun Abdul Razak (bekas Perdana Menteri kedua), Allahyarham Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri ketiga), Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (bekas Bendahari UMNO dan Menteri Kewangan) dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur (Setiausaha Agung UMNO sekarang).

Bagaimana dan macam mana semua pemimpin tersebut boleh terkait dikala ada di antara mereka telah pun lama meninggal dunia, masih lagi misteri.

Tapi mengenali Anwar, tidak ada apa yang mustahil dalam kamus hidupnya. Khinzir yang sah-sah haram itupun Anwar boleh putar belitkan sehingga menjadi halal dan dijadikan daging korban. Mula-mula adalah yang marah, mengaitkan dengan hukum tuhan dan sebagainya tapi bila dah selalu diulang-ulang penipuan itu, akan adalah pulak golongan yang tampil dengan pendapat-pendapat tertentu untuk mempertahankan Anwar atau paling tidak mengurangkan kecaman terhadapnya, supaya diakhirnya nanti rakyat akan nampak Anwar tidak bersalah, keluar kenyataan seumpama itu sebab UMNO dan sebagainya.

Kita sudah lihat muslihat ini berlaku dalam banyak isu sebelum ini yang berkaitan dengan Anwar, antaranya pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008, melindungi keselamatan Israel, Perdana Menteri dan isterinya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantunya dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, agak malang juga melihat semua kebodohan ini masih berlaku dalam masyarakat kita, bukti begitu ramai yang meletakkan emosi mengatasi iman/kepercayaan, matlamat menghalalkan cara dan sebagainya.

Sebab itu penipu dan penyangak macam Anwar boleh bertahan sehingga sekarang. Tanpa sedar, ada antara kita sendiri sebenarnya yang melahirkan dan memelihara dajjal durjana ini supaya diakhir nanti dia boleh menghapuskan kita semua.

7 comments:

Anonymous said...

klau ko nk tunjuk kn yg ko je yg pandai dn ko je yg beriman bro,guna kn lh akal tu.Klau btul crita ni,apa kh Madey nk biar kn sja ke.Crita ni timbul masa Madey msh PM bro dn DSAI mnghadapi tuduhan salah laku seks.Sdg kn pluang dia utk membunuh trus karier politik DSAI.Dn bg mnuduh org tnpa bukti ada kh itu sifat org beriman.Itu ciri2 penghuni neraka.Org briman TIDAK mnghuni neraka Bro.Ni lh padah ny bila Islam skdr pd nama je.

kulimkdh@yahoo.com said...

Anwar memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.
“Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.
Tetapi setelah dua puluh lima kali diulang, tiada seorang pun mangkok BerayuN berani bangun dan menyahut cabaran tersebut. BR1M second time bila pulak gamak nyee yeee, tak sabo wa nak pangkah PAS niii.

Anonymous said...

DSAI pernah didakwa dan dituduh sebagai penzina dan peliwat oleh Mat Sabu dan Taib Azimudin sehingga digelarkan Al Juburi. Tak kan Mat Sabu dan Taib Azimudin yang merupakan pemimpin bertaraf Ulama nak ke neraka kut.

Anonymous said...

Waalu apa pun, ku tak akanmenyoong seorang penzina dan peliwat yang pernah digelarkan Mat Sabu sebagai Al Juburi untuk memimpin negara yg tercinta ini.

Anonymous said...

Yang buat duit DSAI, kenapa nak salahkan Tun M. Mana ada orang buat salah nak bagi tau semua org, mesti buat secara sembunyi dan rahsia. Tapi bila kantoi salahkan orang lain pulak. Macam kes China Doll lah jugak, org lain juga yang salah. Dia sedap balun pelacur tu, bila kantoi konspirasi. Tapi aku percaya, bila Mat Sabu dan Taib Azimudin membangkitkan skandal seks DSAI sehingga digelar Al Juburi, sure depa tu ada bukti yang sahih punya. Tak kan pemimpin PAS memfitnah dan saja-saja nak ke neraka dgn menuduh tanpa bukti. Ada otak, gunakannya untuk berpikiaq. Kalau tak sure jadi macam DSAI yg selalu buat sesuatu tanpa pikiaq betul-betul... akhirnya kantoi

Anonymous said...

Tu pasal kalau news nie betul ler.
Bangang sungguh mahedy tu leh kena tipu dgn
Org suruhan dia.
Kata pintar bijak laksana tak kan kena kantoi dgn 3B.

Npk sgt cerita ngarut sbb tu mahedy senyap je.
Dok ketawa dgn gelagat pencacai yg x sekolah tinggi

Anonymous said...

Bukan Tun bodoh ditipu ..Tp silap Tun Kerana percaya TPM dia Al juburi .. So kira skrg Tun ni jujur la cuma Al Juburi Ni Mmg x boleh Pakai .Macam ni Nak jadi PM ? Mimpi di siang hari la PKR . Stoooooopid.. Nak Komen Tu Jgn Menampak kn Ke BOOOOOOOODOHan Anda .ty