Monday, September 10, 2012

PAS Goyang Untuk Ambil Tindakan Terhadap Nasharudin



Agendadaily – Semua orang ternanti-nanti khabar dari mesyuarat Majlis Syura PAS di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur Ahad malam yang diketahui umum akan bincang isu bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang cadangkan parti itu keluar dari pakatan pembangkang kerana tindak tanduk Karpal Singh yang terus mempertikaikan hasrat PAS nak laksana hudud dan Negara Islam jika berkuasa.

Namun tunggu punya tunggu…lepas mesyuarat hampir dua jam itu,Presiden PAS datuk seri Haji Hadi Awang dalam sidang akhbar ringkas di tangga bangunan itu saja kata mesyuarat malam ini adalah mesyuarat biasa saja dan ia tidak membincangkan isu Nasharudin.

Boleh percaya ke ? Beliau selamba macam tiak aa hal kata tiada apa-apa masalah berhubung Nasharudin.

Katanya Nasharudin juga kekal sebagai ahli Majlis Syura PAS.

Nasharudin turut hadir pada mesyuarat berkenaan.

Ia dipercayai dipengerusikan oleh Haji Hadi.

Pengerusi majis itu Datuk Nik Aziz Nik Mat datang.Namun beliau balik awal kira-kira 15 minit selepas mesyuara bermula jam 9 malam.

Keputusan PAS tidak ambil apa-apa tindakan terhadap Nasharudin yang membuat cadangan yang kontrovesial itu sudah dijangka ramai pihak.

Ini kerana PAS dipercayai bimbang sebarang tindakan boleh backfire parti itu kerana didapati ramai pihak termasuk dalam parti itu yang menyokong pendiriannya terhadap Karpal.

Sebelum ini ada juga pihak yang menduga beliau akan mengalami nasib sama seperti Datuk Dr Hasan Ali.

Sementara itu ketika ditanya samaada Nasharudin akan kekal bertanding sebagai calon PAS di kawasan parlimen Bachok,Kelantan yang kini disandangnya,Haji Hadi kata hal berkenaan kena tunggu bila pilihanraya umum nanti.

ramai pemerhati politik yang menilai harapan tipis bagi bekas Timbalan Presiden PAS itu kekal bertanding pada pilihanraya umum kali ini.

Nasharudin kebelakangan ini tampil dengan pendirian sederhana yang dikatakan membuatkan golongan pro Anwar dalam parti itu cukup berbulu padanya.

Lagi pun beliau dikira sudah masuk ‘buku hitam’ Nik Aziz.

1 comment:

Anonymous said...

pas akan ditalkinkan lebih awal jika ustaz nasha ditendang keluar. tindakan pas membuang hassan ali menjadi satu sejarah yang mengajar pas bahawa membuang pimpinan pas akan mendatangkan masalah kepada parti pas apabila orang yang mereka buang membuka segala pekung dan aib yang bernanah di dalam pas. membuang ustaz nasha sekarang bukanlah masa yang sesuai. tetapi meyimpan ustaz nasha dalam tempoh yang lama akan menyusahkan pas. mursyidul am telah pun murka kepada ustaz nasha dan pastinya ustaz nasha akan ditendang keluar dari kelantan. ustaz nasha perlu berhijrah dan di kawasan mana dia selamat - tentunya di kawasan yang tiada puak syiah dan anwarinas. kedua-dua puak ini akan menikam ustaz nasha dari hadapan dan belakang dan mereka akan berusaha untuk membuktikan bahawa ustaz nasha orang yang ditolak oleh akar umbi bagi mempastikan kelansungan ustaz nasha di dalam pas berakhir. selepas pru 13 nanti, kita akan tengok usaha meminggirkan ustaz nasha akan diperhebatkan. itulah pas sebuah parti yang rakus dan penuh kejahatan. hanya segelintir yang ikhlas di dalam perjuangannya.