Sunday, October 14, 2012

3 Isu AES... Pembangkang Sengaja Kelirukan Rakyat


SEJAK kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang.

Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk mengelirukan rakyat. Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES untuk membantu blogger untuk memulihkan keadaan di peringkat kerajaan :

Tujuan: AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan.

Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.

Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety). AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.

Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti. Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.
Isu yang ditimbulkan
• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
• AES membebankan rakyat
• AES mempunyai banyak kekurangan
• AES perlu ditangguhkan

AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.

MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.

Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain.

Jika rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur. Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ?

I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.

AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.

Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.

Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”, “Prevention is better than cure”.

3 comments:

Anonymous said...

Tapi kenapa had laju dari Tol Sg Besi hingga ke Bangi 90kmsj tapi lepas Bangi 110 kmsj ?

Sedangkan sepanjang PLUS, lepas TOL lain masuk je highway had laju terus 110 kmsj !!!

Ini bukan bukti kerajaan nak kutip duit dari Rakyat ?

Amer Hamzah said...

saya setuju akan sistem ini....

Anonymous said...

AES untuk MELATIH KITA BERSABAR :) kalau kita memandu ikut peraturan dan memandu mengikut had laju yang ditetapkan, tak akan ada yang kena saman (JIWA PUN TENANG) :) BUKANKAH kerajaan dah berikan kelonggaran jika berlaku perkara yang KRITIKAL (cth:- isteri nak bersalin atau orang sakit) boleh dipandu laju semasa melalui AES :)

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates