Friday, October 12, 2012

Pak Lah : Anggota Pas Perlu Nilai Kenyataan Shahnon


Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta masyarakat terutama anggota PAS menilai sendiri kenyataan Sasterawan Negara Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang mempertikaikan perjuangan parti itu sekarang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata berkata kenyataan Shahnon jelas menggambarkan rasa kecewanya terhadap parti itu yang semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.

"Saya tidak perlu komen apa-apa kerana semua orang melihat dan mendengar apa yang beliau (Shahnon) cakap, jadi mereka (orang ramai) terutama ahli parti itu (Pas) patut berfikir.

"Saya juga rapat dengan beliau (Shahnon) dan saya percaya apa yang dia cakap itu adalah reaksi dan luahan kepada parti itu (PAS) yang dilihat tidak memperjuangkan dasar politik mereka," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas ditemui selepas Program 'Jom P Bantu' anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Beliau diminta mengulas kenyataan Shahnon tentang perjuangan politik PAS yang tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Menurut Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup, tindakan parti itu menuruti kehendak politik DAP bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuangkan Islam. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Yang jadi keadaan huru hara ni kan disebabkan kelemahan Pak Lah dulu... Sepatutnya komen komen beliau satu pun tak boleh pakai!