Wednesday, December 5, 2012

Anak Muda Antara 16 Keluar Pas Sertai UMNO


KUALA NERANG - Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di sini, yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selePas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.

Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun lePas, namun kecewa selePas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.

"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.

Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.

Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.

"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO.-Bernama

Penjelasan Datuk Megat Zulkarnain Insiden Pergaduhan Berdarah di Gombak!



Majlis ceramah Jelajah Merdeka Rakyat dekat sini kecoh yang membuatkan sehingga berlaku beberapa perkara yang tidak diingini.Ketua Pemuda UMNO bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain berkata itu adalah bukti rakyat tolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

#PRsamseng! Anwar harus bertanggungjawab didalam hal ini! kenapa harus menyerang Pemuda serta penduduk tempatan!!

Video Pergaduhan Di Gombak - Puak PR Saja Cari Pasal!


Menurut sumber pergaduhan ini sebenarnya telah dirancang oleh puak pakatan untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada umno! seawal pagi lagi puak-puak ini telah mengembar-gemburkan berita ini melalui laman media sosial! semuanya salah umno.. dan kononnya puak PR semuanya baik-baik belaka!

Pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin yang meniup. Sebelum ini penduduk tempatan di Gombak telah memberi amaran yang mereka tolak Anwar! tapi kenapa mesti Anwar masuk ke Gombak lagi... saja cari pasal kan!

Gambar diatas pemuda umno yang tercedera! akibat di baling batu oleh puak PR!

Di bawah petikan dari sumber dari blog Jawa Bernam



Pada sejam pertama, tiada apa-apa yang berlaku. Pemuda UMNO hanyalah berkumpul diseberang jalan untuk menunggu kehadiran Anwar Ibrahim berceramah. Tiada acara baling batu, kelapa, kerusi dan pelbagai objek lagi. Semuanya masih dalam kawalan.

Sehinggalah ada tangan jahat dari kumpulan puak pakatan yang mulakan serangan baling batu ke atas Pemuda UMNO. Maka bermulalah episod siri serangan balas-membalas balingan batu sehingga ada yang cedera di pihak UMNO. Siapa yang salah? Bagi JB dua-dua salah. Satu kumpulan provoke, satu kumpulan tak tahan provoke.

Akhirnya polis telah dipanggil untuk mententeramkan keadaan namun tidak berkesan. Akibatnya, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk menghalang dua kumpulan ini dari terus bergaduh.

Tuesday, December 4, 2012

Hah! Rupanya... Anwar Ada Rasa Goyang Dengan Najib!


Seronok juga tengok Datuk Seri Anwar Ibrahim terpanggil untuk mengadakan  sidang akhbar di ibupejabat PKR pagi Isnin untuk mengulas Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang tutup tirai petang Sabtu  lalu.
Selain dari sidang akhbar itu,pada hari sama  'imam besar' pakatan pembangkang itu juga ada mengeluarkan satu kenyataan media khusus komen mengenai perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra itu.

Ada juga kalangan wartawan termasuk Agendadaily yang tidak sempat membuat liputan sidang akhbar itu kerana terlewat mendapat tahu mengenainya.

Namun beberapa rakan wartawan yang hadir secara berjenaka kata 'cukup rugi' tak hadir sidang akhbar itu.

"Anwar buat press confrence itu sebab dia rasa takut...".Itu antara komentar rakan-rakan wartawan itu.

"Nampak sangat cemas, dia dok menggulung ucapan penggulungan Najib," kata mereka.

Baca lagi...

Erma Fatimah Kagum Dengan Semangat Perjuangan Blogger UMNO UMB


Petikan dari twitter seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia Erma Fatimah yang kagum dengan semangat perjuangan blogger UMNO..

Erma "Mlm ini dpt kawan baru! Adik2 blogger umno ! Sesekali ckp pasal perjuangan. darah terus bergelora! Keep in touch! And TQ SO MUCH for coming!



Tangkap Khalwat Bilik 121 : Dr Hasan Diturunkan Pangkat - SPA


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama.

Memalukan...

Monday, December 3, 2012

KJ: Pemuda Tak Akan Khianati Parti


Pergerakan Pemuda UMNO berikrar untuk tidak memilih jalan khianat apabila dihadapkan pilihan antara harapan peribadi dengan kesetiaan kepada parti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda UMNO menyerahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan mutlak Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menentukan soal calon pilihan raya umum kelak.

''Kalau Presiden kata Pemuda jadi calon, kita jadi calon, tetapi kalau Presiden kata jangan jadi calon, kita sokong parti dari belakang dengan penuh kesetiaan.

''Pemuda tidak buta untuk memilih jalan khianat apabila dihadapkan pilihan antara harapan peribadi dengan kesetiaan kerana tonggak kesetiaan lebih penting dalam perjuangan kami,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sabtu.

Khairy kemudiannya mengajak para perwakilan dan pemerhati yang berada di Dewan Merdeka untuk merenung kesetiaan mereka yang tidak memegang apa-apa jawatan tetapi tetap setia bersama parti.

Katanya, ini berbeza dengan segelintir pihak yang memegang jawatan parti apabila tidak dipilih sebagai calon melakukan sabotaj, merajuk, mengugut dan keluar parti semata-mata kerana hajat di hati tidak dipenuhi.

''Sidang perwakilan, ramai di luar sana yang mengikuti persidangan dengan hanya menonton televisyen, membaca melalui internet serta kakak-kakak yang sanggup bersila di ruang legar berjam-jam lama di luar sana dan abang-abang yang bersandar di tiang dewan yang tak punya apa-apa jawatan tetapi mereka tetap setia dengan parti.

''Itu erti kesetiaan sebenar, mereka adalah muka-muka yang tak dikenali atau disanjung tetapi tetap cekal menjunjung kesetiaan,'' jelasnya sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan dan orang ramai yang menonton di skrin besar di luar dewan.

Khairy dalam pada itu menambah, berhubung soal calon tersebut, beliau cukup menginsafi maksud doa yang selalu dibaca iaitu 'Allah tidak akan memberatkan seseorang dengan apa yang tidak terdayanya.'

Sehubungan itu, beliau mengajak sidang perwakilan supaya merenung kembali apa yang telah berlaku ke atas parti untuk dijadikan pengajaran.

Ketua Pemuda UMNO itu kemudiannya mengakhiri ucapan beliau dengan membaca dua potong pantun beliau:

''Anak raja membawa peti,

Peti berisi kayu cemeti,

Kalau tak dapat bagai di hati,

Tetap berjuang sampai ke mati.''

''Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan,

Kami Pemuda telah bersedia,

Pantang berundur mengalah jangan.''

Sumber: Utusan

BN Yakin Menang Majoriti Dua Pertiga – Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

Perdana menteri, yang juga presiden UMNO berkata BN, gagasan yang memerintah dengan UMNO sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu.

“Inilah sasaran kami, untuk mencapai majoriti dua pertiga, dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya,” katanya pada sidang akhbar selepas menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini hari ini.

Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum.

“Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka (perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini…mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga,” katanya dan menambah UMNO sedia untuk ‘berperang’.

Ditanya bagaimana UMNO akan menangani sabotaj dalam parti, Najib yakin anggota UMNO akan bertindak rasional dan tidak akan merosakkan parti jika mereka benar-benar sayangkan UMNO.

“Kalau dalam hati dia sayangkan UMNO dan dalam minda dia tahu bahawa sesuatu perbuatan seperti itu boleh merosakkan parti, merosakkan dia juga, saya percaya dia akan bertindak secara rasional,” katanya.

Dalam ucapan penggulungannya, Najib melontarkan soalan ‘cepumas’ penuh bermakna bagi menguji tahap kesediaan anggota UMNO untuk menyokong parti sekiranya mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.

Lima kemungkinan ditawarkan beliau bagi menjawab soalan cepumas yang sarat dengan mesej itu — sokong sepenuhnya calon dipilih parti; sokong; tidak bekerja; sabotaj; atau lompat parti.

Dalam ucapannya itu, beliau menyebut terdapat kes menteri dan timbalan menteri yang mengkhianati parti kerana gilakan kuasa setelah tidak lagi diberi jawatan.

Sunday, December 2, 2012