Monday, January 14, 2013

Adun DAP Penang Buang Logo DAP Dan Umum Keluar Parti!


GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai menggambarkan dirinya sebagai 'bebas' selepas jawatankuasa tatatertib DAP menggantungnya selama enam bulan kerana gagal menghadirkan diri pada mesyuarat penting persidangan Dewan Undangan Negeri tahun lalu.

Koay yang merayu terhadap keputusan itu bertindak menurunkan logo DAP daripada pusat khidmat beliau di sini selaras dengan peraturan parti.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


"Saya menghormati keputusan parti tetapi akan merayu terhadap penggantungan ini.

"Saya harap semua penyokong saya bertenang," katanya kepada sidang akhbar di sini Isnin.

Pada persidangan DUN yang lalu, Koay terlepas untuk turut sama dalam undi belah bahagi untuk meluluskan Enakmen Perlembagaan Pulau Pinang (Pindaan) 2012 khusu berkaitan rang undang-undang antilompat parti.

Tindakan beliau hampir menyebabkan Pakatan Rakyat hilang undi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan negeri.

1 comment:

Darah Satria said...

bro mintak link dgn blog gua jika tak keberatan.

http://darah-satria.blogspot.com/