Wednesday, January 16, 2013

Bekas Kakitangan Adun DAP Ditangkap Diatas Tuduhan Penipuan


Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor telah diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.

Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.

“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.

“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

No comments: