Monday, January 14, 2013

1 Hasan Ali Cabar Anwar Buat Kenyataan Rasmi Terima Keputusan Majlis Syura PAS


Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam. Dalam kenyataannya hari ini, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


"Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas (setiausaha agung DAP) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS. "Sekali lagi dalam isu kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura Pas malam semalam memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu adalah satu tindakan terpaksa demi kelangsungan politik parti itu.

Walaupun keputusan itu selari dengan apa yang diperjuangkan Umno tetapi tindakan drastik PAS sebenarnya bukan berpaksikan tuntutan agama sebaliknya lebih kepada perkiraan politik, katanya kepada pemberita di sini.

Khairy berkata keputusan itu jelas menunjukkan PAS bukan sebuah parti yang berprinsip kerana setiap keputusan yang dibuat boleh berubah-ubah mengikut perkiraan dan keuntungan politik.

Apabila merasakan kenyataan membenarkan kalimah Allah boleh digunakan semua pihak seperti yang dibuat pemimpin parti itu sebelum ini mendapat tentangan hebat masyarakat Islam, PAS terpaksa mengubah pendirian untuk bersetuju dengan pendapat majoriti.

1 comments:

Anonymous said...

cepat2 pas pegi cium tapak kaki khalifah LGE mintak ampun.. nanti tak bau syorga

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates