Tuesday, January 8, 2013

Kalimah Allah: Hasan Ali Sifatkan Ulama Pas Terpinggir


Tidak perlu untuk berhujah panjang... Hanya satu persoalan yang kini bermain di minda .. khas buat puak PAS... Sampai bila PAS harus jadi 'kaldai tunggangan' Pakatan Rakyat?

Utusan: Keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang hari ini yang membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan diri ketika berhadapan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam persoalan akidah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas terpaksa memilih DAP dan PKR, bukannya ulama-ulama besar dalam parti seperti Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang telah menyuarakan pandangan mereka apabila isu kalimah Allah timbul dua tahun lalu.

Menurut beliau, sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya pasti amat disanjungi DAP dan PKR.

"Jelas kepada kita golongan ulama di dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengari dan tidak hairanlah kalau golongan ini terus dipencilkan.

"Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam Pas. Setakat ini, mereka begitu berjaya mengubah hala tuju parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

1 comment:

Sofian said...

Kalau dah Allah boleh kongsi, masjid dan surau tak lama lagi pun bolehlah kongsi jugak. Apalah beza nya. Kawin campor dalam satu keluarga pun boleh macam kat Indnesia. Barulah betul2 punya tahaluf Salafi. Tak gitu wahai bangsaku sekelian