Friday, January 11, 2013

#KL112 : 'Jangan Letak Pasir Dalam Periuk Nasi Kami' - Pemandu Teksi


MOHD. Syahrir Abdul Aziz (kiri) menunjukkan laporan polis bagi membantah Himpunan Shamsidar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

'Jangan letak pasir dalam periuk nasi kami'.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


Itu antara tulisan dalam poster dibawa sekumpulan ahli Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Laporan itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan menghalang penganjur Himpunan 12 Januari meneruskan rancangan berarak dan mengadakan perhimpunan di Stadium Negara pada Sabtu ini.

Timbalan Presiden Petekma, Mohd. Syahrir Abdul Aziz berkata, beliau yang mewakili 37,000 pemandu di teksi di Lembah Klang tampil membuat laporan polis mendesak supaya perhimpunan itu dihalang kerana bimbang kehadiran peserta berarak di jalanan akan menjejaskan mata pencarian mereka.- Utusan

2 comments:

Anonymous said...

biar saja PR buat apa dia suka,persatuan pemadu teksi hanya memikirkan rezeki mereka terjejas sedangkan dikalangan pemandu teksi sendiri ramai penyokong PR. KALAU TAK PERCAYA CUBA NAIK TEKSI DILEMBAH KELANG SEMUANYA TERBUKTI.

Anonymous said...

Berapa sehari upah pemandu teksi ni dapat kalau tak ada HKR ? ada seribu ke ? nanti buat la tunturan juta2 mcm bersih 02 hari tu ..keh keh ..akai tak ada .