Monday, January 14, 2013

2 Semua Ahli Majlis Syura PAS 'Lesap' Selepas Mesyuarat Bincang Isu Kalimah Allah...


Sikap pemimpin PAS takut jumpa wartawan apabila ada isu besar babitkan parti itu bukan cerita baru.

Sudah beberapa kali kejadian pemimpin- pemimpin PAS ‘lari’ ikut pintu belakang selepas mesyuarat penting kerana tahu ada petugas media tunggu di kaki lima depat pejabat PAS di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)
Pernah wartawan tunggu berjam-jam tetapi akhirnya hanya diberikan kenyataan akhbar oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu.

Ahad malam, kejadian sama berulang terhadap kira-kira 20 petugas media yang mahu buat liputan mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS
berhubung isu kalimah Allah.

Semuanya mengharapkan dapat bersemuka dengan pimpinan tertinggi parti itu untuk mengemukan berbagai soalan berhubung kontroversi isu itu.

Selepas dua jam mesyuarat yang bermula 9 malam, petugas yang menunggu dimaklumkan tidak ada sidang media.

Kakitangan di pejabat itu juga memaklumkan pemimpin utama termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah balik.


Kerana Menteri Besar Kelantan itu tidak keluar ikut pintu depan pejabat, sahlah beliau keluar ikut pintu belakang.

Harapan terakhir wartawan untuk jolok juga pemimpin PAS tertumpu kepada Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang dipercayai belum meninggalkan bangunan itu.

Dalam dok tunggu, kakitangan terbabit keluar berjumpa pemandu Dr. Haron.

Sangkaan wartawan bahawa Dr. Haron juga akan ‘lari’ ikut pintu belakang betul apabila pemandu itu beredar.

Akhirnya, kakitangan itu muncul 10 minit kemudian mengedarkan kenyataan akhbar mengenai mesyuarat Majlis Syura Ulamak – badan tertinggi PAS yang ditandatangani Nik Aziz dan Dr Haron.

Selepas masing-masing dapat kenyataan akhbar itu, ramailah wartawan merungut kerana takut keliru kenyataan diberikan.

Hendak rujuk dengan siapa lagi, rungut seorang petugas media yang khuatir silap mentafsir kenyataan akhbar berhubung isu kalimah Allah itu.

Apakah Ahli Majlis Syura takut nak berdepan wartawan dan jawab soalan-soalan yang mungkin menguris hati rakan politik - DAP berhubung isu itu.

Bagaimanapun, mengikut kenyataan yang diberikan keputusan mesyuarat Majlis Syura ialah kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata kenyataan bersama Nik Aziz dan Dr Haron.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya."Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.
"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, majlis itu sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Sekaligus, keputusan mesyuarat itu selari dengan pendirian pembangkang atau PRyang bermesyuarat beberapa hari lalu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membacakan keputusan PR selepas mesyuarat Selasa lalu turut memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP itu mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan UMNO dan ulama bebas.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Dr Haron, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Mesyuarat Majlis Syura turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3.-Agendadaily

2 comments:

Anonymous said...

DEPA TENGAH PENING TU..NAK KELENTONG UMAT ISLAM, NANTI UNDI LARI..HANYA PENYOKONG TEGAR PAS JE BOLEH DIPERBODOHKAN SEPANJANG MASA.

NAK KATA TAK BOLEH DENGAN TEGAS, TAK BOLEH JUGAK SEBAB NANTI FATHER LGE MARAH.

APA SAJA YANG DEPA BUAT PASAL KALIMAH ALLAH INI AKAN KENA BALIK KE BATANG HIDUNG DEPA. RUPA2NYA IMAN DEPA TAK KUAT MANA PUN..

Anonymous said...

majlis syura ulama tu pun wayang sja, beranikah majlis syura ulama tu jumpa anuar hadi kit siang halang depa umum dan benarkan penggunaan KALIMAH ALLAH utk ganti perkataan GOD di dalam BIBLE versi MELAYU???????

bila tgok anuar, tgok kitsiang ....
terus ketar ketar mcm kena parkinson,
ada betulllllll?

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates