Saturday, February 16, 2013

10 Ribu Hadir Di Himpunan TUKAR Kerajaan PAS Kelantan #HTK2013





Hampir 10 ribu orang yang hadir diprogram tersebut yang diadakan di perkarangan ibu pejabat perhubungan UMNO Kelantan Semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta supaya pimpinan parti itu tidak sabotaj jika tidak terpilih sebagai calon.

“Seruan saya kepada rakan saya, supaya setia pada parti, setia pada pemimpin, setia kepada saya dan pucuk pimpinan parti dan apabila kita dinamakan calon hendaklah kita bersedia serta tidak berpecah” katanya kepada pemberita.

Ahli pimpinan parti UMNO juga diminta setia kepada parti bagi memastikan UMNO Kelantan berjaya menumbangkan kerajaan PAS Kelantan.

Berdasarkan perkembangan semasa, rakyat Kelantan kini mula bangkit dan menunjukkan sokongan amat padu terhadap UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan.

Mustapha yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan ulangtahun penubuhan Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) serta merasmikan pelancaran skuad kembara TUKAR di Kota Baru semalam.

Video URL: http://youtu.be/84s2c8-I3nc

6 comments:

Anonymous said...

JGN LAH RISAU WAHAI RAKYAT KELANTAN. SEMUA YG HADIR DIBAYAR BELAKA. TIADA SEMANGAT JUANG PD MEREKA. YG ADA CUMA NAK MENADAH TANGAN MEMINTA SEDEKAH DRP PEMIMPIN MEREKA YG KAYA RAYA MEMBAHAM WANG RAKYAT. UMNO TIDAK BOLEH DIPERCAYAI SAMA SEKALI. PUTRAJAYA PERLU PD PERUBAHAN PEMERINTAHAN. KEKALKAN KERAJAAN YG BEBAS RASUAH DI KELANTAN. BANGUNLAH WAHAI RAKYAT KELANTAN. USAH TERTIPU DGN SANDIWARA PEMIMPIN2 UMNO YG HIDUP SEMATA2 MAHU MEMBOLOT KEKAYAAN DGN MEMERAS KERINGAT RAKYAT.

Anonymous said...

cuba check balik. silap2 program ni guna wang rakyat atas nama program kerajaan. umno memang tak boleh dipercayai.

Anonymous said...

Berkat solat hajat PAS.

Anonymous said...

rakyat kelantan ada otak utk fikir mana yg baik dan mana yg buruk. maklumat semua dihujung jari. jgn bergantung kpd utusan meloya, berita hairan, media di bawah media prima, smpai kiamat jd manusia bodoh

Anonymous said...

Puak PAS kelantan dah cuak weh!!!!

Anonymous said...

Tak logik dibayar. Kelmarin ada posting Dari penyokong pembangkang yang konon nak bilang bas yang nak angkut rakyat ke perhimpunan ini. Tapi semalam, 1 bas pun tidak kelihatan. Rakyat Kelantan Sudah mahu TUKAR!!!