Wednesday, February 6, 2013

Akhirnya Hadi Berjaya Dikambinghitam


Roslan Bian - Kasihan tengok Datuk Seri Abdul Hadi Awang terkial-kial nak lepaskan diri daripada kemelut kalimah Allah.Mutakhir ini Presiden PAS itu betul-betul tersepit antara menghormati sekutu dalam pembangkang iaitu DAP dan PKR atau patuh kepada Majlis Syura Ulama.

Maklumlah Anwar dan Karpal tetap mahu Hadi berpegang ketetapan PAS pada 8 Januari tetapi dalam masa sama keputusan mesyuarat Majlis Syura pada 13 Januari berpendapat sebaliknya.

Apabila Karpal Singh ‘mengaum’ mahu Hadi kekal dengan pendirian Pakatan Rakyat dan mengenepikan keputusan Majlis Syura, Hadi fikir Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat akan membelanya.

Namun, Nik Aziz hanya mampu cakap ‘ itu dia (Karpal) punya pasal’.

Menteri Besar Kelantan itu menyatakan Karpal tidak tahu pasal keputusan Majlis Syura kerana Pengerusi DAP itu bukan orang PAS.

Bagi Nik Aziz dan kebanyakkan pemimpin PAS, mereka anggap isu kalimah Allah sudah selesai.

Kumpulan Anwarinas yang sebelum ini sokong keputusan Hadi pada 8 Januari lalu pun sudah menikus.

Mana mereka berani lawan keputusan Majlis Syura sekarang ini kerana silap haribulan nama boleh ‘padam’ daripada senarai calon PRU 13.

Sekarang isu itu sudah jadi Hadi ‘punya pasal’.

Beliau kena selesai sendiri. Itulah pendirian terbaru Majlis Syura yang mahu Hadi membincangkan perkara itu dalam pakatan pembangkang.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh, apa lagi isu berbangkit pasal Kalimah Allah dan pendirian PAS dalam PR kena tanya Hadi.

“Keputusan Majlis Syura adalah keputusan muktamad yang selari dengan sikap umat Islam,” tegas beliau.

Ini betul-betul buat Hadi macam lagu ‘ikan di laut, asam di darat- dalam air badan berpeluh’ .

Dalam usaha melepaskan dirinya yang semakin tersepit, pada Sabtu Hadi menyalahkan UMNO dan pada Ahad, beliau mengalih senapangnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh KDN dan bukannya oleh parti tersebut.

Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.

“Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri.

“Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan),” kata Hadi pada sidang media di Shah Alam, pagi Ahad.

Hadi berkata, PAS hanya “diheret” ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.

Memang betul pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa sebuah penerbitan Kristian berhak menggunakan kalimah Allah.

Tetapi KDN telah merayu keputusan itu dan setakat ini tidak ada tarikh perbicaraan ditetapkan.

Kesimpulannya Hadi tidak payah menunding jari pada orang lain.

Beliau kena berani tanggung kesan perakuannya pada 8 Januari lalu.

Lagipun, sudah ada pemimpin dan ahli-ahli PAS Terengganu mahu PAS Pusat menyatakan pendirian dalam isu itu.

Eloklah Hadi renung-renung kedudukannya sekarang dan di manakah pemimpin PAS geng Anwarinas yang menyokongnya sebelum ini.

Siapa lagi nak mempertahankan beliau? Jika dulu ada Nasharudin Mat Isa sebagai timbalannya, kini ahli parlimen Bachok itu hanya ahli biasa selepas Menteri Besar Kelantan yang kini popular dengan ‘itu dia punya pasal’ memecatnya daripada keahlian Majlis Syura.

Harap Hadi tidak menerima nasib sama seperti ustaz Nasha. -5/2/2013-OLEH ROSLAN BIAN

Hadi..Hadi!…Karpal yang mengamuk kenapa UMNO pulak kena tembak…

Gara-gara onar tidak sudah-sudah DAP khususnya Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menikus.

Sepatahpun Presiden PAS itu tidak sentuh rasa geram dan kesal Pengerusi DAP itu ekoran kenyataan beliau bahawa isu kalimah Allah sudah selesai selepas DAP mendengar penjelasan PAS berhubung keputusan Majlis Syura Ulama.

Sebaliknya satu dunia sudah dengar bagaimana Karpal Singh mengaum kata belum beres.

Kalau nak kira malu memang malu PAS kena sergah dengan otai DAP itu dalam isu yang begini penting.

Seperti orang yang gabra berdepan dengan perkembangan terbaru ini …kini Hadi menghala muncung senapang kepada UMNO menuduh isu kalimah Allah yang menjadi pertikaian mutakhir ini adalah mainan politik UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13..

“Ini kerja UMNO. Mengaku Islam… bawa isu kalimah Allah musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah Allah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama PAS di sebuah hotel dekat ibu negara, Ahad.

Jelas Hadi, keputusan dibuat Majlis Syura PAS berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sudah cukup jelas, namun ia dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu termasuk sesetengah media
sehingga ia menimbulkan kebimbangan rakyat.

“Allah tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama Allah digunakan bukan Islam ditempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.

“Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Perkataan Allah tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) Allah dalam bangsa kamu, itu hak
kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan,” tegasnya.

Alahai Hadi kenapa kena ding dong macam ni.

Kalau cakap macam tu, maknanya Hadi masih kekal dengan ketetapan yang dibuat PAS bersama DAP dan PKR dalam mesyuarat majlis pimpinan pekatan pembangkang pada 8 Januari lalu.

Sedangkan Majlis Syura Ulama yang mesyuarat pada 13 Januari memutuskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang lain.

Ini bermakna kalimah itu juga tidak boleh diterjemahkan dalam Bible Bahasa Melayu.

Mungkin sebab itulah Hadi tidak menjawab kecaman Karpal terhadapnya kerana pendiriannya masih sama seperti dituntut Karpal dan DAP.

Pasti ramai pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin masih berpendirian sama seperti Hadi walaupun mengaku akur keputusan Majlis Syura Ulama.

Justeru itu, wajar sangat Hadi minta disegerakan mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat supaya beliau dapat ulangi pendirian PAS yang pernah dibuat pada 8 Januari lalu.

Kenapa beliau nak kambing hitamkan UMNO dalam isu ini?

Tidak perlulah Hadi rasa takut untuk mengakui hakikat bahawa PAS memang perlu sokongan DAP dan sebab itu PAS perlu akur kehendak Karpal dan DAP.

Cukuplah isu Amanat Hadi ‘disenyapkan’ begitu sahaja, Jangan pula, isu Kalimah Allah ini Hadi nak berdolak dalih juga.

Biarlah PAS dan PR dengan persetujuan penggunaaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam yang dibuat sebelum ini.

Tak kisahlah kalau Karpal nak perlekeh Majlis Syura Ulama kerana bukan Hadi yang patut jawab tetapi Nik Aziz.

Siapa tahu Nik Aziz kalau nanti Nik Aziz juga mahu tuduh ini juga permainan UMNO.

Kini dikacamata ramai orang nampak sangat PAS yang mempolitikkan isu kalimah Allah untuk politik kerana takut undi penyokong dan ahli DAP terlepas dalam PRU 13.

Namun, elok juga diingatkan kepada Hadi dan Nik Aziz, jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran sudahlah.

6 comments:

Anonymous said...

Itu ajalah modal Ular..dalam..semak PAS. Tak boleh selesai masalah tunding jari kat orang lain...sedangkan dia yang main tahi tapi orang lain yang dia suruh basuh.
Apa barang Pemimpin macam ni..
Penyokong PAS yang sayangkan PAS lekas-lekaslah singkirkan Hadi Awang dan seangkatan dengannya..sebab buah fikiran ditakok lama.

Anonymous said...

Ini usahlah umngoks memecah belahkan umat Islam! Ayuh kita berjuang menentang Angkatan rejim amngoks!

Anonymous said...

Mari kita hapuskan PAS,kita POS keneraka!!!!!!!!!!!!!inikah DAJJAL akhir zaman yang menjual Syurga/Neraka.....mengaku ISLAM tapi ada ciri2 orang munafik.
Ingat munafik lebeh bahaya dari KAFIRR

Anonymous said...

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kena tarik balik keputusan bersama dengan PKR dengan serta merta. Kalau tidak, sesiapa yang memangkah PAS atau PKR, bermakna mereka juga bersubahat menyokong penyelewengan Kalimah ALLAH, menyokong LGBT, menyokong melayu boleh di murtadkan, menyokong pluralisme, menyokong wahabbi, khawarij, muktazilah, asobiyyah dan mengkafirkan sesama umat Islam. Oleh yang demikian mereka ini termasuk golongan orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

sapa yang politikan isu kalimah ini. Siapa yang memerintah Malaysia. Haji Hadi ka Lim Guan Eng. Kerajaan yang berkuasa sepatutnya menyelesaikan masalah ini. Ini ... lontar batu sembunyi tangan.

Anonymous said...

Anon February 6, 2013 at 10:52 PM..,

Kerajaan Persekutuan telah membuat rayuan terhadap satu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan KDN untuk menghalang puak2 Kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka. Hal ini belum didengar di Mahkamah. Maknanya pihak kerajaan Persekutuan yangmana UMNO adalah teraju utamanya telah menentang penggunaan kalimah Allah ini.

Yang menjadi polemik sekarang ialah Ketua Umum PKR menyetujui penggunaan kalimah Allah ini oleh pihak kristian sepertimana ceramah2nya semasa kempen2 PRaya Negeri di Serawak baru2 ini. Apabila dicabar UMNO apakah pendirian PAS dalam soal ini.., tiba2 Hadi & Nik Aziz setuju dengan Anwar! Itu yang menyebabkan Zulkifli Nordin (MP Kulim-Bandar Baharu)keluar PKR satu masa dulu.

Hal ini 'sejuk' sekejap, namun di mana2 sahaja YB Zulkifli Nordin bercakap, beliau sentiasa membangkitkan isu ini. Soksek-soksek di kampung2 mulai kedengaran mengenai hal ini; lebih2 lagi 'fatwa' ini keluar dari pemimpin tertinggi Pas yg sepatutnya mempunyai ilmu untuk menolak penggunaan kalimah ini dengan hujah yg senang.

Isu ini kembali gempar apabila Guan Eng mencadangkan semual agar kalimah Allah menggantikan kalimah Lord/God dalam bible berbahasa melayu semasa ucapan Krismas baru2 ini.

Sekarang.., sebelum saya bersedia untuk menerima Pas sebagai 'kerajaan' mengganti UMNO, saya nak tahu apa pendirian sebenar Hadi & Pas mengenai hal ini... Dengan kuasa Allah jua.., jawapan Hadi ternyata kantoi lagi...

Anda nak pertahankan Pas lagi..??