Tuesday, February 26, 2013

Anwar 'Macam Tak Syok' Di Konvensyen Pakatan


Apa dah jadi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Beliau kelihatan letih dan lesu saja ketika sampaikan amanat di Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada Isnin.Ucapannya juga tidak bertenaga berdegar-degar macam selalu

Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

Sosek yang paling popular ialah semakin ramai dikalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral.

Isu video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan dirinya masih lagi menjadi bualan dikalangan ahli PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat ' fatwa' video itu besi tidak boleh jadi bukti.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapan di majlis itu bukan main punya puji bosnya itu dengan menyatakan Ketua Pembangkang itu layak mengetuai pakatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sekali lagi secara terbuka kata sokong Anwar jadi Perdana Menteri.

Namun ada yang macam tidak lengkap.

Ini bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapannya langsung tidak sentuh soal sokong Anwar jadi PM kalau pembangkang tawan Putrajaya.

Dalam pada itu timbul cerita bahawa ada usaha untuk memasukan agenda menetapkan siapa bakal Perdana jika pakatan menang di buat semasa konvensyen itu memandangkan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi,.

Ikut sumber-sumber PAS dikatakan menolak cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak dibincangkan dan manifesto hanya mengandungi perkara yang akan dilaksanakan PR jika memerintah kelak.

Menjawab soalan Agendadaily, Mat Sabu menjelaskan, biarlah pilihan raya dahulu dan siapa PM ditentukan kemudian.

Namun katanya, sudah ada calon untuk jadi PM cuma akan diumumkan pada masa sesuai.

Sementara itu manifesto pakatan yang dilancarkan hanya mengandungi janji-janji kitar semula yang terkandung dalam Buku Jingga kecuali beberapa perkara baru termasuk menyediakan kereta beharga RM25,000 serta bina 150 ribu rumah mampu milik.

Bagaimanapun, manifesto itu tidak menyebut sumber kewangan bagi semua perkara yang dijanjikan termasuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat.

Agendadaily

2 comments:

Anonymous said...

BIARKAN LEMBU2 UMNO BERTEKA TEKI. BIARKAN MEREKA PUSING KEPALA MEMIKIRKAN APAKAH STRATEGI PAKATAN.

HA..HA..HA..

SEKARANG NI MEREKA LEBIH PUSING KEPALA SEBAB NAMA NAJIB/UMNO YG DIKATAKAN KONON PEMBELA KALIMAH ALLAH SUDAH TERPALIT DGN KES "SEX" BERSAMA ALTANTHUYA.

NAJIB JUGA TERPALIT TAHI NAJIS KERANA DIKATKAN MEMBERI KOMISYEN SEBANYAK 500 JUTA MELALUI BROKER RAZAK BAGINDA UTK ALTANTHUYA UNTUK PEMBELIAN KAPAL SELAM.

NAMA NAJIB TERUS BUSUK SEBUSUK NAJIS KERANA MEMBOHONGI RAKYAT KERANA MELAKUKAN "SUMPAH DUSTA" DGN MENGATAKAN TIDAK PERNAH KENAL SIAPA ITU ALTAHTHUYA.

apa lagi yang lembu2 umno mahu hahhhhhhh.......

Anonymous said...

Bodohnya ngko ni....