Tuesday, February 26, 2013

Haron Din Didesak Bersumpah Tidak Tolak Anwar Sebagai PM


Laman portal Suara Pakatan Rakyat yang mewakili suara Pakatan Pembangkang mendesak Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din bersumpah untuk membuktikan dirinya tidak pernah menolak Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-7.

“Ini berdasarkan dokumen sulit yang diperolehi suarapakatanrakyat.com yang menunjukkan ketika keputusan itu dibuat, Nik Aziz tidak hadir di dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalannya, Datuk Harun Din.

“Antara lain, dokumen tersebut turut mendedahkan arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang kepada media rasmi parti tersebut Harakah yang melarang soal perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dibincangkan di dalam akhbar dwi-mingguan itu.

“Suarapakatanrakyat.com dengan ini mendesak Harun Din supaya ‘keluar dari pertapaannya’ dan bersumpah tidak akan menolak pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang,” desak laman itu.

Baru-baru ini, Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai PM, namun dinafikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Sumpah ini walaupun tidak mempunyai kepentingan undang-undang, tapi boleh memberi kesan sedikit sebanyak kepada penyokong PAS, terutama yang terlibat mengadakan demonstrasi membantah DAP dan PKR berikutan keputusan Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu.

“Dengan sumpah ini juga, mampu menangkis tohmah dan fitnah yang dilemparkan penyokong UMNO/BN bahawa PAS menolak kepimpinan Anwar, dalam Pakatan Rakyat termasuk menyokong perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Perkara ini (sumpah) perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan jurang perpecahan yang lebih melebar di kalangan penyokong Pakatan Rakyat, terutama antara penyokong PAS dan PKR, termasuk penyokong PAS dan penyokong PAS sendiri,” desaknya lagi.

Laman itu turut mendakwa majoriti pimpinan Pas tidak menolak pencalonan Anwar sebagai PM, cuma ia datang dari segelintir pemimpin Majlis Syura Pas, di mana Haron Din salah seorang daripadanya.

Sumber Asal AIDC

4 comments:

Mak Chik BN said...

apa2 pun suroh penasit pakatan rakyat tu dulu bersumpah bahawase nye dia tak pernah langgan chinadoll dan juga juga mengaku yang dia tak pernah kerjakan saiful.klau dah besumpah baru lah suroh Datok Harun Din bersumpah.

Anonymous said...

Apa ni sumpah2...
Sumpah2 ni sifat orang munafik.
Bengong betul la lembu2 Umno ni.

Jangan jadi macam si Najis tu.
Kata tak kenal Altanthuya, tapi, sebaliknya dilah yang memperkenalkan pada Razak Baginda.

Sumpah Najis kata tak kenal Altanthuya, rupanya, Razak Baginda bagitahu Mr/ Bala, yg si Najis tu pernah melakukan sex dgn Altanthuya.

Anonymous said...

Bodohnya ngko ni....

Anonymous said...

Weiiiii......
PM lembu2 Umno masih tak ngaku telah buat SEX dgn Altanthuya.

Tak malu ka jual muka sana-sini. Patut lembu2 umno halau ja si Najib ni. Tambah2 lagi dah dekat PRU-13 ni.