Saturday, February 23, 2013

PAS Bermasalah Sebab Bersama Anwar Ibrahim


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berpendapat Pas menghadapi masalah kerana memilih berjuang bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak kepentingan perjuangan untuk agama dan bangsa.

Katanya, atas faktor itu Isma sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana pertubuhan tersebut tidak memisahkan perjuangan agama dan nasionalisme berbanding parti kedua terbesar orang Melayu itu yang hanya memisahkan antara Islam dan bangsa.

"Apa yang berlaku, Pas memisahkan antara Islam dan bangsa, mereka (Pas) kata hanya Islam tidak ada bangsa. Jadi kepentingan nasional, kepentingan negara, kepentingan bangsa (orang Melayu) diketepikan.

"Mereka (Pas) kata hanya Islam sahaja; kalau Islam sahaja berpijak di mana? Itu masalah bila Pas bersama Anwar Ibrahim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Isma di Dewan Angkasa, hari ini.

Abdullah Zaik menjelaskan sikap Pas itu berbeza dengan UMNO yang lebih menerima seruan Isma ke arah perpaduan demi agama, bangsa dan negara. Malah kata beliau, Pas agak kurang selesa dengan seruan Isma kerana menganggap seruan tersebut memihak kepada UMNO.

"Setakat ini UMNO menerima seruan kita (Isma), maknanya Isma seru kepada perpaduan, UMNO kata ok cuma sikap Pas dengan Isma agak kurang selesa sebab dia anggap seruan kepada perpaduan itu agak memihak kepada UMNO dan dia menganggap Isma bersama UMNO tetapi sebenarnya tidak," katanya.

Mengulas mengenai perjuangan UMNO pula, Abdullah menegaskan, untuk memulihkan keyakinan rakyat, pemimpin parti terbesar orang Melayu itu perlu segera memperbaiki sikap mereka yang dilihat lebih berjuang untuk diri sendiri dan keluarga berbanding untuk agama, bangsa dan negara.

Baru-baru ini, Abdullah Zaik mengumumkan Isma akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bercadang untuk menghantar calon-calonnya bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon Isma tandingi ialah Padang Serai (P017), Tapah (P072), Wangsa Maju (P116), Selayang (P097), Subang (P107), Puchong (P103), Kapar (P109), Seremban (P128), Tanjung Piai (P165), Derga (N11) dan Gurun (N22).

Calon-calon Isma akan bertanding atas tiket Berjasa, sebuah parti yang berpengkalan di Kelantan dan ditubuhkan pada 1978 oleh Bekas Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau PAS bermasalah dan ISMA lebih baik drp PAS, kita tengok PRU13 nanti rakyat pilih siapa

Anonymous said...

aku pun setuju ISMA ni masuk gelanggang politik sebenar. mereka boleh bertanding dimana2. cakap memang senang. jika ISMA tolak PAS atau PKR atau Anwar, nak joint umno pun ok. sebab fikrah Isma & Umno dah sama. betulkan umno dari dalam. silap2 jawatan dapat, fulus pun dapat, pahala jangan dikira, sebab akulah yg terhebat.

Anonymous said...

Isma--- ikatan ....maaf... h lupa pulak aku maknanya!

Anonymous said...

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berpendapat Pas menghadapi masalah kerana memilih berjuang bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak kepentingan perjuangan untuk agama dan bangsa. Katanya, atas faktor itu Isma sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana pertubuhan tersebut tidak memisahkan perjuangan agama dan nasionalisme berbanding parti kedua terbesar orang Melayu itu yang hanya memisahkan antara Islam dan bangsa. "Apa yang berlaku, Pas memisahkan antara Islam dan bangsa, mereka (Pas) kata hanya Islam tidak ada bangsa"

--------------------------------------------------
HEBAT2 ISMA...... KO BERSAMA PERTAHAN legasi UMNO yg bersejarah tu!

Anonymous said...


ISMA bersama ajaran asobiah sekular UMNO ... kihkihkih... iktan muslim msia........ hebat2 ..

Anonymous said...


aku nak tunggu dipusat bilang undi nanti... nak tenguk juga hebatnya ?