Saturday, March 2, 2013

143 Ahli PKR Isytihar Keluar Parti, Sokong BN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil di sini dibubarkan selepas 143 anggotanya bertindak keluar parti kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan parti itu.

Mereka kemudian berikrar di hadapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, mereka tidak menyertai BN sebaliknya mengumumkan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan dikenali Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM).

Bekas Ketua PKR ranting itu, Tuah Shah Abdul Rahman berkata keputusan untuk keluar PKR dibuat kerana parti itu dilihat tidak membela nasib rakyat.

"Kami beramai-ramai keluar parti sebab sudah sedar PKR bukan sebuah parti yang membela rakyat sebaliknya Umno dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih selesa dan terjamin," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian PUAM di sini, malam tadi.

Beliau berkata walaupun kesemua mereka tidak menyertai Umno dan BN tetapi akan membantu BN merampas kembali kerusi dimenangi pembangkang di dalam Parlimen Bukit Katil iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dan Bachang pada PRU-13.

Sementara itu, Mohd Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata keputusan diambil kesemua 143 anggota PKR itu merupakan satu tindakan yang wajar dan tepat kerana parti pembangkang tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.

Justeru beliau meminta lebih ramai anggota dan penyokong PKR keluar dari parti itu dan bersama-sama Umno dan BN memajukan lagi negara khususnya negeri Melaka.

"Umno negeri Melaka bersedia menerima mereka pada bila-bila masa," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau hari-hari keluar, habis la PKR????

ha..ha..ha...!!!!

UMNO di buai mimpi di siang hari.
Apakah mereka tak tahu bahawa di "malam hari" begitu ramai ahli2 umno yang dah berubah dan akan menyokong Pakatan dek kerana kelakuan dan peribadai ketua mereka sendiri (PM-Najib) yang begitu lemah mengenai masalah ekonomi sehingga hutang negara mencapai lebih RM537 billion, dan peribadi beliau yang terpalit dgn kes pembunuhan Altanthuya, an sebagainya disamping keborosan dan campurtangan isterinya sendiri.

Ini yang memualkan pengundi2 mereka.
Perubahan inilah yang menakutkan umno kerana membiarkan Najib terus berkuasa

Anonymous said...

Memang pun sudah awal-awal lagi 7 tujuh MP PKR Cabut lari , penyokong tak tau lah!