Tuesday, March 19, 2013

7 Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?


Wow!... hebat betul penyokong tegar yang taksub kepada Anwar Ibrahim.. sanggup angkat Anwar walaupun Anwar seorang "gay" woooo... rosak, rosak...

Terkejut bila membaca laman web pembangkang, yang menyatakan "kalau Anwar Gay sekali pun, so what?"

Suarapakatanrakyat.com - MALAYSIA tidak seperti negara-negara barat yang mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan untuk menerajui negara mereka ke arah pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara.

Maka itu kalau mereka meletakkan kriteria yang ketat termasuk persoalan moral dalam penentuan siapa yang layak menjadi pemimpin, itu adalah kerana kelebihan tersebut.

Buktinya, walaupun dalam masa yang sama rakyat negara mereka dibenar untuk memilih kecenderungan seksual masing-masing seperti seks sejenis dan sebagainya, pemimpin negara/politik dilarang malah ada yang dipecat kalau mempunyai kecenderungan seperti itu.

Tapi di negara ini lain.

Tidak ramai di kalangan pemimpin politik yang mempunyai kemampuan untuk memimpin negara ini menjadi sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, sebuah U-topia dunia yang diidam-idamkan rakyat di negara-negara yang sekelas dengan kita.

Negara dimana sebahagian besar pendapatannya dibelanjakan untuk subsidi dan kesenangan rakyat, rasuah dihapuskan dan sebagainya.

Maka itu, kalau ada seorang pemimpin yang mampu dan pemimpin tersebut kebetulan mempunyai kecenderungan seksual yang pelbagai, so what?

Pemimpin yang punyai kecenderungan seperti itu adalah 100 kali lebih baik berbanding pemimpin yang straight tapi bergelumang dengan korupsi, penyelewengan dan rasuah.


Persoalan yang kita patut tanyakan, adakah rakyat lebih rela mempunyai pemimpin yang korup dan hanya menggunakan jawatan dan kedudukan masing-masing untuk kepentingan sendiri berbanding dengan pemimpin yang jujur, ikhlas serta sanggup keluar masuk penjara demi membela nasib rakyat tapi hanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi kecenderungan seksualiti?

Laman ini berpandangan, kecenderungan seksualiti adalah hak individu dan pilihan masing-masing yang telah ditentukan Tuhan, tidak ada apa yang dapat mengubah hakikat tersebut.

Untung dan bertuahlah kepada pemimpin yang mempunyai kecenderungan seksual yang normal, tapi kalau ada pemimpin dengan kelainan yang disebabkan apa-apa jua keadaan, rakyat perlulah menerima keadaan tersebut dengan seadanya.

Nukilan ini terhasil setelah laman ini melihat serangan berterusan ke atas kecenderungan seksualiti Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum akan datang dan kami yakin tidak akan berhenti. Daripada buang masa membuat penafian yang tidak ada kesudahan, kami rasa lebih baik rakyat belajar menerima keadaan tersebut yang telah ditetapkan Tuhan.

Seperti pemuda di bawah ini:-


7 comments:

Anonymous said...

meh kita tengok lagu penyokong anu war lgbt ni....lawak woooo

muslim dr said...

In western psycology, homo is just a variation of sexual preference, beside the majority of hetero preference, variations of human needs. And for them, nothing wrong with it, asal suka sama suka. Any Muslim psycologist or ulama' can comment with this idea.

Anonymous said...

Tak kisah kalau tak ada apa-apa bala yang akan menimpa kita yang tidak terlibat dengan maksiat itu.Tapi dalam Quran, Allah telah menceritakan kepada kita tentang apa yang telah berlaku ke atas kaum Luth.Allah telah mengazab mereka dengan menunggangbalikkan negeri mereka.Siksa yang menimpa angkara pekerjaan terkutuk ini bukan sahaja ditimpakan ke atas peliwat tetapi juga ke atas orang yang tidak bersalah melakukannya. Inilah yang kita tidak sanggup berlaku ke atas umat Islam negara kita.Kita takut menjemput kemurkaan dan azab Allah hanya kerana disebabkan oleh kedurjanaan sebilangan orang yang tunduk pada nafsu syaitan mereka.

Anonymous said...

Jika Gay itu direstui Allah, mengapa Kaum Luth dibala sebegitu dahsyat sekali?

Anonymous said...

Bangang punya gay laknatullah.

Anonymous said...

tonton pelbagai movie free hanya di > http://www.mk-movie.net/

Anonymous said...

This is not western idiot, this is Malaysia, rule by Malay n by Islam Sunni
If u follow the western psychology then to hell with u, we follow Al-Quran n Sunnah
If u want justice, tell me which country were give 100% justice for all? This is "dunia" there is no justice here except at padang mashyar

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates