Tuesday, March 12, 2013

Kecoh Di Jempol: Penyokong PAS Bertindak Liar, Tian Chua Lari Tah Kemana!


Jempol - Sikap biadab dan provokasi keterlaluan penyokong pembangkang pada ceramah Pas yang melontarkan telur ke arah penceramah Barisan Nasional (BN) di pentas berasingan kira-kira 20 meter dari situ, mencetuskan suasana tegang dalam kejadian di Felcra Ayer Hitam di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, ketegangan itu bermula apabila lebih kurang 15 penyokong Pas bertindak membaling telur ke arah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungi Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di pentas ceramah BN.

Selain terkena lengan zainal, ia juga terkena badan Presiden Pertubuhan Gerakan Memartabat Perjuangan Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria yang turut sama berada di situ.

Ekoran kebiadaban dan provokasi keterlaluan penyokong-penyokong Pas itu, para penyokong BN pula membalas dengan membaling botol mineral dan objek lain.

Akibatnya, pihak polis terpaksa memanggil pasukan dari Unit Tindakan Ringan (LSF) untuk mententeramkan keadaan di lokasi tersebut.

Kira-kira 30 minit kemudian, polis telah mengarahkan ceramah di kedua-dua pentas tersebut dihentikan dan semua penyokong diminta bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Hamzah Alias berkata:

"Saya minta kedua-dua ceramah ini dihentikan serta-merta. Penyokong Pas diminta bersurai terlebih dahulu dan tinggalkan lokasi. Saya minta semua bersurai untuk elak kekecohan berterusan," tegasnya.

Ceramah anjuran Pas di sini sepatutnya dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua. Bagaimanapun kelibatnya tidak kelihatan sehingga ceramah itu diarah dihentikan.

-Utusan

2 comments:

Anonymous said...

Umno tak da tempat lain ka nak buat ceramah Asyik nak MENGEKOR ceramah Pakatan saja. Pi la buat kat studium ka atau kat dewan ka. Asyik nak "MENGEKOR". Apa....takut tak dapat sambutan ke? Atau nak mengambil kesempatan utk menunjuk2 bahawa ada ramai orang datang sdangkan yg datang tu adalah untuk ceramah Pakatan?

he..he..he.. TERMALUNYA AKU

Anak Perelih said...

ini gambar telur telur yg dibaling itu... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=454614154611908&set=a.272552839484708.62977.272549496151709&type=1&relevant_count=1