Tuesday, March 19, 2013

0 Lim Kit Siang Sah Bertanding Di Gelang Patah


Pakatan haram mengesahkan penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) tak lama lagi...

Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina dan juga yang menjadi rebutan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergaduhan besar di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng.

Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008.


Terdahulu, Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi mencabar penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu bagi membuktikan bahawa pemimpin veteran berkenaan tidak hanya diterima oleh kelompok pengundi Cina.

Cabaran itu dikemukakannya susulan pengumuman Lim semalam bahawa DAP akan bertanding di kawasan parlimen Gelang Patah di Johor dan kerusi Bentong di Pahang, yang menjadi rebutan antara parti itu dengan PKR sebelum ini.

Puad juga mendakwa Lim sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana sering berpindah kawasan pilihan raya.

“Saya cabar Kit Siang bertanding di kawasan majoriti Melayu atau kawasan seimbang semua kaum, jika beliau mahu bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-13 ini bagi buktikan yang beliau bukan hanya diterima kaum Cina.

“Bagi saya, Kit Siang bukan pemimpin atau MP bertanggungjawab kerana tindakannya yang gemar berpindah kawasn setiap kali pilihan raya membuktikan beliau seolah-olah lari daripada pengundi kawasn lamanya, termasuk Ipoh Timur (2004, 2008), Tanjong (1986-1989) dan Kota Melaka (1982-1986).

“Jadi MP bukan setakat mahu tunju hero dan pandai berjanji saja, tapi buat kerja untuk manfaat masyarakat tapi apa sudah dilakukan Kit Siang di kawasan lamanya sebelum ini? Oleh itu tidak ada sebab masyarakat Johor nak sokong dia,” katanya.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates