Friday, March 1, 2013

Mereka (Penceroboh) Melepaskan Tembakan Kearah Kita - Hishammuddin


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku tembakan di kawasan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah jam 10 pagi tadi tetapi dimulakan pihak penceroboh.

Beliau berkata, pasukan keselamatan Malaysia tidak memulakan sebarang insiden tembakan.

“Saya mengesahkan bahawa pasukan kita tidak melepaskan sebutir tembakan pun tetapi menerima tembakan pukul 10 pagi ini,” katanya.

(Lahad Datu – I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10am this morning!- Hishamuddin Hussein).

Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih terkawal.


Pada 12 Februari lalu, lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu dengan sebuah bot.

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai tentera diraja Sultan Sulu dan enggan warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Mereka berkampung di Lahad Datu sejak dua minggu lepas. Sebahagian daripada mereka memiliki senjata berat.

3 comments:

Anonymous said...

kepong saja sudahlah sampai mereka lapar kekurangan makanan, tak payah lah berperang tembak menembak, tak da siapa untung, nyawa melayang,berunding di meja lebih baik dari menggunakan senjata, semoga mereka yang gugur di rahmati allah, kita sesama islam..

Anonymous said...

anon 3.06pm

mmg la dok kepong. kalo ATM nk serang da lama mampos pnceroboh tuh. tp kalo depa serang xkn ATM nk goyang2 telo j ?? berani ceroboh berani tanggung la akibatny walopun sesama ISLAM.

Anonymous said...

Inilah dikatakan kerja-bodoh. Mempertahankan tanah yang buklan haknya.

Perjanjian penjajah British dgn empunya tanah iaitu Kesultanan Sulu dgn jelas menyatakan bahawa British hanya memajak tanah-tanah di Sabah disamping mereka dikehendaki membayar upah pajakan pada Kerajaan Sulu. Apa yang berlaku ialah Penjajah British telah melanggari syarat dgn menyerahkan tanah pajakan itu kepada Malaya tanpa persetujuan Kerajaan Sulu.

Mesti diketahuai, bahawa Kerajaan Filiphina juga pernah dijajah dan mereka seperti Malaya ketika itu menyerahkan Filiphina kepada orang penjajah inginkan. Kerajaan Filiphina yang ada cuba tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu.

Jadi, apa yang berlaku ialah pengambilalihan Sabah sebenar yan adalah melalui "pintu belakang" tanpa kehadiran empunya tanah iaitu Kesultanan Sulu.
Jadi, sabah sebenarnya secara bertulis dgn Kesultanan Sulu adalah milik mereka. Malaysia hanya mewarisi pajakan tinggalan penjajah Britis.

Contoh paling mudah ialah: Jika kita mempunyai tanah dan kita pajakkan pada si "A", maka si "A" sepatutnya mesti mendapat persetujuan dpd kita jika mereka hendak menyerahkan tanah pajakan tanah itu pada si "B". Masalah serahan tanah dpd si"A" kepada si"B" itu hal mereka, tetapi, tanah tetap kepunyaan kita.

Jika kita renungkan balik peristiwa yang berlaku itu, apakah suatau tindakan yang bermoral, menyerahkan pajakan tanah kepada si B" tanpa pengetahuan tuan yang empnya tanah (Kesultanan Sulu)? Lebih teruk lagi si"A" bertindak seolah2 tanah itu dia yang punya dgn memberikan kemerdekaan/serahan pada si "B" (Malaysia)? Tidakkah ini suatu tindakan yang kurang ajar, Jika tanah itu tanah kita dan sipemajak melakukan sedemikian?

Sebab itu aku katakan, kita mempertahankan apa yang bukan milik kita. Kita beranggapan bahawa Sabah itu milik kita, tetapi sebenarnya ia adalah milik Kesultanan Sulu.

Tak malukah kita berperangai sedemikian? Tak malukah kita mempertahankan apa yang bukan hak kita?

Balik lah kepangkal jalan dan serahkan Sabah kepada yang empunya. Perjanjian diantara Penjajah British dan Kesultanan Sulu masih ada simpanan.
Sejarah tidak pernah berbohong, tetapi, manusia lah yang membohongi sejarah.