Thursday, March 14, 2013

4 NGO Buat Laporan SKMM Berhubung Tindakan Ekstrem, Prono Cyber Troopers Pembangkang


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung tindakan ekstrem "cyber troopers" pembangkang yang didakwa menggunakan kata-kata kesat, menyebarkan fitnah, gambar lucah serta ugutan rogol dan bunuh di laman sosial Facebook.

Presiden Malaysian Youth Right Movement Shean Yee Aun berkata laporan kepada SKMM itu juga termasuk isu penyebaran gambar-gambar lucah dan tidak sopan yang diubah suai dengan wajah pemimpin-pemimpin MCA di laman-laman propembangkang di laman sosial itu.

"Ini merupakan perbuatan yang keterlaluan kerana terdapat beribu-ribu gambar seperti ini yang dikongsi di kira-kira 100 laman-laman politik propembangkang di Facebook. "Adakah ini sihat? Ibu bapa kita, anak-anak kita tengok benda macam ini kita boleh terima tak? Agama mana budaya mana yang boleh terima?" katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Katanya laporan itu dibuat berikutan aduan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun yang menerima kata-kata kesat serta ugutan rogol dan bunuh melalui laman Facebook hanya kerana beliau berlakon dalam sebuah video yang menyokong kerajaan yang disebarkan di YouTube.

Jahanam puak pembangkang ni!! Rosak.... rosak!!


4 comments:

Anonymous said...

Dah tak dapat berhujjan...mengadu.
Asyik mengadu aja kau orang ni.
Sekejap ngadu kat polis lah..
Sekejap ngadu kat skmm lah...
Sekejap ngadu kat raja lah...

Hampa ni dah BALIQ ka belum..???

kah..kah..kah..

Anonymous said...

gila penyokong pembangkang ni!

Anonymous said...

ooooooo rupanya memang sahih penyokong pembangkang ni dangkal akal.... memang sahih segolongan dengan kiram!

Anonymous said...

Aku dgn budak2 manja ni memang meluat...
silap2 PELAMPANG ja...

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates