Saturday, March 9, 2013

0 PKR Tidak Nafi Surat Rahsia Fareez Tentang Wan Azizah


PKR tidak menafikan mengenai surat yang ditulis oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu, lapor FMT.

Mohd Fareez, 24 tahun dilaporkan turut tidak menafikan tentang surat tersebut dan difahamkan telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

“Parti tidak menafikan mengenai surat itu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah Fareez juga tidak mengiyakan perkara itu.

“Saya difahamkan Fareez akan memberi penjelasan berhubung perkara ini tidak lama lagi,” ujar sumber kepada FMT.

Surat yang ditulis tangan oleh Fareez itu antaranya mendakwa beliau ‘rapat’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar mencemburui hubungan mereka.

Dalam surat itu Fareez mendakwa dia rapat dengan Anwar hingga Ketua Umum PKR itu melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak dari tahun 2008.

Surat yang dihantar kepada Presiden Pas itu meminta campur tangan Abdul Hadi untuk menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum pilihan raya umum-13.

Dakwa Fareez pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya dari sikap negatif kedua-dua beranak tersebut.

“Saya berpendapat hanya Tuan Guru (Abdul Hadi) seorang sahaja, selaku Presiden PAS yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden KEADILAN (PKR) sebelum menjelang PRU13.

“Lagipun Wan Azizah tidak boleh bertanding kawasan parlimen, maka apa gunanya jadi Presiden Keadilan (PKR) jikalau tidak boleh bertanding kawasan parlimen. Ini sesuatu yang amat memalukan Pakatan Rakyat,” kata Fareez dalam sepucuk surat yang disiarkan menerusi laporan Malaysia Today.

Di akhir surat itu tidak ketinggalan nama Timbalan Presiden, Azmin Ali yang wajar diangkat sebagai pemimpin untuk mengetuai PKR.

Fareez turut mendakwa Azmin sebagai pemimpin lengkap berbanding Wan Azizah yang disifatkan sebagai proksi yang berpura-pura tidak mengetahui pelbagai perkara. -AIDC

RPK Dedah Surat Rahsia Tentang Wan Azizah



0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates