Friday, March 15, 2013

PRU 13: PAS, PKR Perang Rebut Kerusi Di Pahang!


Perang mulut mengenai isu pembahagian kerusi pilihan raya antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang merupakan ‘perang dingin’ sebelum berlakunya pertelagahan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Perkara sedemikian bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah sejak dahulu lagi gabungan parti itu tidak mempunyai pemuafakatan antara satu sama lain.

Hakikat tersebut jelas apabila parti-parti dalam pakatan tersebut bertelagah sesama sendiri tanpa berselindung lagi berhubung siapa dan berapa kerusi yang patut diperoleh menjelang PRU ke-13 kelak.

Dijangkakan kemelut tersebut akan turut merebak ke negeri-negeri lain ekoran ketiadaan kesepakatan antara kepimpinan dalam pakatan yang beliau sifatkan sebagai rapuh.

Ikuti pendedahan dari blogger PAS http://pahangdaily.blogspot.com

Panas: Tindakan "PKR Umum Calon Dan Kerusi" Yang Di Tandingi PRU-13 Ini Cetus Kontroversi Di Pahang !



KUANTAN, 15 Mac - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat sidang media mengumumkan calon dan jumlah kerusi yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang semalam telah mencetuskan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dikalangan sebahagian besar penykong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS. Mereka mempertikaikan tindakan PKR berbuat demikian diketika parlimen masih belum dibubarkan dan tarikh penamaan calon juga belum diketahui. Persoalannya kenapa PKR Pahang bertindak melulu dengan membuat pengisytiharan kerusi yang akan mereka tandingi?. Pengumuman yang dibuat dalam satu sidang media oleh Zaidi Ahmad (foto) selaku Pengarah Strategi Pilihanraya PKR Pahang juga dilihat tidak kena pada masa dan tempatnya. Menurut seorang pemimpin PR, amatlah tidak wajar Zaidi membuat pengumuman kerana beliau sebelum ini sudah "meletakkan jawatannya" dari PKR Pahang. "Kenapa tiba-tiba Zaidi tampil membuat kenyataan demikian dan bukannya Dato' Dauzi (Pengerusi PKR Pahang)?. Malah, kenapa sidang media itu diadakan tanpa dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain?. Bahkan saya juga hairan, kenapa kerusi bertindih yang berstatus quo pun PKR kata milik mereka seperti Parlimen Temerloh, DUN Teruntum, Damak, Dong, Ketari, Tanah Rata dan sebagainya... Mengapa buat kenyataan tanpa berbincang dan merujuk pimpina PR yang lain.. kenapa memandai-mandai.. sedangkan parlimen belum pun dibubarkan", kata beliau. Difahamkan, Zaidi telah meletakkan jawatannya dari PKR Pahang untuk menumpukan perkerjaannya di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Tempat beliau kemudiannya telah diambil alih oleh Ahmad Shah. Namun persoalannya, kenapa tiba-tiba dia mengumumkan kenyataan panas itu semalam?. Dalam sidang media itu semalam, Zaidi yang mewakili Dato' Fauzi Abdul Rahman mengumumkan PKR Pahang akan bertanding di lima kerusi parlimen dan enam belas (16) kerusi DUN pada PRU-13 ini.


Malah Zaidi turut menamakan Mohd Nor Hassan (Ketua Cabang Bentong) sebagai calon di DUN Ketari dan Tan Wei Mun (Ketua Cabang Cameron Hihglands) bertanding di DUN Tanah Rata, sedangkan umum mengetahu dua kerusi panas itu secara tradisinya adalah ditandingi oleh DAP. Tindakan PKR Pahang ini mungkin ada kaitan dengan pengumuman yang dibuat oleh DAP bahawa Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan mewakili parti itu di kerusi parlimen Bentong yang juga berstatus quo (bertindih) semalam. Apapun, pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri yang dilihat mempunyai kapasiti bagi berbuat demikian berbanding dengan Zaidi.


Tindakan PKR ini telah mendapat kritikan panas di laman sembang sosial facebook sejak isu itu diposting oleh seorang penyokong PAS yang menggunakan nama Putera Semantan . "Seelok2nya, bukan Zaidi... kalau boleh biarlah Dato’ Fauzi kalau tidak pun Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang umumkan calon PKR, barulah berwibawa. Bukan apa, saya lihat ada beberapa kerusi yang berlapis dengan DAP dan juga PAS tetapi tetap diumumkan. Antaranya ialah Teruntum, Damak dan Dong. Manakala Ketari dan Tanah Rata kerusi tradisi DAP dan Bebar dulunya milik PAS. Temerloh pula masih diumumkan. Mungkin ada diputuskan perubahan selepas beberapa mesyuarat terakhir, jadi itulah gunanya diumumkan oleh pimpinan yang berwibawa. Bagi kita itu tiada apa2 hal, tapi ada orang bawah nampak sedikit keluh kesah", kata kenyataan posting beliau itu. Sementara itu seorang lagi pemimpin PR di Pahang berkata "Dia (Zaidi) kena isytihar diri sebagai pengerusi PKR pahang, lepas tu baru kita bincang.. Kalau tak, bo layan". Malah beliau juga kecewa PKR menggunakan saluran media untuk membuat pengumuan tersebut tanpa mengambilkira dan menjaga hati rakan-rakan dalam pakatan. " Berbeza umum melalui media dengan umum tanpa media... Berbeza pimpinan tertinggi umum dengan entah sapa sapa umum. Status kerusi temerloh 2008 adalah pinjam. Masa tu PAS bagi syarat mesti nizam bertanding. Itulah keputusan yg dipersetujui bersama zakaria hamid (pengerusi PKR dulu)", kata kenyataannya. Difahamkan kenyataan pada sidang media itu dibuat selepas satu mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang telah dipengerusikan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman sendiri pada sebelah paginya.

[Persoalannya, apakah tindakan ini boleh mengeruhkan hubungan PKR dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Malah, pasti senario yang berlaku ini juga boleh mengundang kemarahan yang berpanjangan dikalangan ahli-ahli PAS terutamanya di peringkat akar umbi. Umum mengetahui kekuatan Pakatan Rakyat hanyalah bergantung 80% kepada kekuatan jentera PAS dan bukannya DAP atau PKR. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Jika dilihat kepada perdebatan antara penyokong PAS dan PKR pada posting artikel terbabit jelas sekali melambangkan keretakan pasti akan berlaku kepada Pakatan Rakyat di Pahang kali ini. Bagaimana harus ahli akar umbi membuat kerja jika jiwa dan perasaan mereka dibelenggu dengan soal remeh temeh seperti ini?. Apakah undi protes akan berlaku atau muncul calon "bebas" dikalangan ahli-hali yang kecewa dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya segala perbalahan dan pembahagian kerusi telah dimuktamadkan dan mana-mana kerusi yang berstatus quo atau bertindih haruslah dibebaskan dari kontroversi. Biarlah pucuk pimpinan parti diperingkat pusat yang memaklumkan perkara itu, dan bukannya pemimpin bawahan seperti yang berlaku ini. Khabarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan turun ke Parlimen Temerloh bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk isu parlimen terbabit. Difahamkan, PAS telah meminta kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada mereka selepas dipinjamkan pada PRU-12 lalu. Sebagai ganti, mereka melepaskan kerusi parlimen Kuala Lipis kepada PKR. Namun, tiba-tiba PKR Pahang mendakwa Temerloh adalah milik mereka. Inilah antara punca kemarahan pihak berkenaan gamaknya].

No comments: