Tuesday, March 12, 2013

Report Polis Keatas Bendera PKR


Seorang jurutera yang pernah berkhidmat selama 11 tahun di Amerika Syarikat dan kini kembali ke tanah air, membuat laporan polis berhubung keraguannya terhadap bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwanya mempunyai persamaan dengan mata wang sebuah negara luar.

Mohamad Ridhwan Batumalai Abdullah, 41, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Saya minta supaya Anwar Ibrahim menerangkan makna logo yang mempunyai warna biru, putih, merah dalam bendera itu dan siapakah nama orang yang mencipta bendera dan logo Parti Keadilan (Rakyat) ini," katanya kepada pemberita.

Katanya beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin PKR di sebalik penciptaan logo dan warna di dalam bendera parti terbabit sejak empat tahun lalu, namun gagal.

Mohamad Ridhwan Batumalai yang mempunyai pengalaman dalam bidang minyak, gas dan pentadbiran korporat berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat sekiranya Anwar enggan menjelaskan perkara berkenaan.

"Sekiranya Anwar tidak dapat memberi penjelasan, rakyat tidak seharusnya mengundi parti pembangkang itu pada pilihan raya umum akan datang," katanya mengenai keputusannya membuat laporan polis demi kepentingan negara dan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

"Sebagai seorang saudara baru, saya tidak boleh melihat umat Nabi Muhammad S.A.W. berpecah belah kerana Nabi Muhammad tidak suka umatnya berpecah belah," katanya.

-Bernama

No comments: