Tuesday, March 12, 2013

Salleh Kalbi Sanggup ‘Sponsor’ Tian Chua


Lahad Datu – Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi hari ini menawarkan tajaan perjalanan termasuk penginapan kepada Tian Chua untuk datang ke sini terutama di kawasan pencerobohan pengganas militan Sulu bagi memberi peluang kepada beliau melihat dan menilai sendiri sejauh mana situasi di tempat tersebut.

Bagi Salleh, tidak ada guna pemimpin PKR itu bercakap sesuka hatinya mengenai apa yang terjadi ketika ini sedangkan Ahli Parlimen Batu itu langsung tidak pernah menjejakkan kakinya ke zon konflik yang dimaksudkan.

” Beliau (Tian Chua) mendakwa ini semua konspirasi…jadi saya cabar beliau datang ke sini dan lihat apa yang terjadi.

” Kalau beliau keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan, saya sanggup taja,” katanya ketika ditemui di Felda Sahabat di sini hari ini.


Pada 1 Mac lepas, Portal KeadilanDaily, antara lain, memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Semalam polis telah merekodkan keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung kenyataannya.

Sepasukan polis dari Kontinjen Johor telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Batu itu di ibu negara.

Polis juga telah merakamkan keterangan dua Editor Keadilan Daily dan wartawan dari The New Straits Times Press.

Dalam pada itu, Salleh berkata, selepas insiden ini ditamatkan, beliau akan memohon kepada kerajaan untuk melakukan beberapa penambahbaikkan kepada penduduk yang terlibat memandangkan mereka melalui situasi yang cukup sukar sejak peristiwa pencerobohan itu berlaku.

” Kerajaan perlu membina semula penempatan bagi para penduduk termasuk menyediakan perumahan yang lebih selesa, tersusun dan terancang.

” Pada masa yang sama, kita perlu membantu mereka terutama yang terpaksa menanggung hutang dan beban kewangan, maklumkan bila insiden ini terjadi, ramai mereka tidak boleh keluar bekerja, perniagaan mereka juga jatuh merudum hingga membuatkan pendapatan masing-masing terjejas dengan teruk.

” Satu pembinaan lapangan terbang yang lebih moden juga diperlukan…bukan saja demi tuntutan komersil, tetapi juga untuk kegunaan pasukan keselamatan kita bila berlaku perkara yang tidak diingini di masa akan datang,” tegasnya.

- Mynewshub

5 comments:

Anonymous said...

Wakakakakakakakakakaka

UMNO akan bakal terkubur kerana video ini...

http://youtu.be/XOGViV1Uwqk

Anonymous said...

cai Pakatan Roboh nie asyik keluarkan YOUTUBE yang dah lapok ...video ni fake ...keluarlah yang baru..

Anonymous said...

Tahniah buat PER3 Negeri Sembilan menghalang Tian Chua masuk ke Jempol..kerana mulut celupar beliau NGO tersebut membuat tindakan..pakatan roboh semakin roboh kerana sikap pemimpin yg mereng..klu support beliau datang tidak perlu bg escort bg je dia mampus ditembak oleh pemberontak..

Anonymous said...

MELAYU UMNO NI ADA SEJARAH KATA MEMANG KETURUNAN LANUN.... BETUL KA???

Anonymous said...

Ha ah.. Betol, anon... Selepas didedahkan yg sebilangan dari mereka tu dari keturunan lanun.., mereka semua telah keluar dari UMNO dan diterima sebagai ahli PAS..

Demikianlah sejarahnya....