Saturday, March 30, 2013

2 #TolakPR Krisis Air: Rakyat Edar “Report Card” Menteri Besar Selangor?





Mentang-mentanglah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan, tiba-tiba saja rakyat Selangor menghadiahkan “report card air” (kad laporan) kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Sudah tua bangka pun dapat “report card” lagi?

Mungkin kad laporan itu diedarkan oleh rakyat yang majoritinya kini sedar dan tidak berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar itu berhubung sikapnya yang dilihat gagal menyelesaikan masalah gangguan air sejak lima tahun memerintah negeri tersebut.

Kami turut menerima “report card air” untuk Menteri Besar itu dan ia membuat kami tercengang-cengang sebelum berderai ketawa. Nampaknya rakyat Selangor “baru kenal” siapa Khalid yang sebenar…

Menariknya,“report card” tersebut telah diedarkan secara meluas di sekitar Cheras, Ampang, Gombak, Petaling Jaya, Klang dan bandar-bandar utama di seluruh negeri berkenaan khususnya di kawasan yang sering menhadapi masalah gangguan bekalan air.

Sebagai sebahagian dari rakyat yang tinggal di sekitar Selangor, kami yakin ramai warga Lembah Klang lain seperti kami yang telah menerima salinan “report card” untuk Menteri Besar itu, bukan?

Terpampang di helaian “report card” itu tentang janji, tarikh janji, bukti kenyataan yang dibuat melalui media massa dan tindakan sama ada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengotakan janji yang ditabur atau tidak.

Sejurus selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Khalid berjanji untuk mengotakan manifesto Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu untuk memberikan “air percuma” kepada seluruh rakyat di negeri itu.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat dapat menikmati “janji” tersebut apabila dianggarkan lebih 170,000 unit kediaman dan premis perniagaan di Selangor tidak mendapat hak bekalan air percuma sebagaimana yang diwar-warkan.

Beribu-ribu rakyat yang dinafikan hak mereka itu telah memfailkan saman terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kes masih lagi diteruskan di mahkamah.

Berdasarkan “report card” tersebut, sudah hampir lima tahun berlalu, Khalid masih lagi belum menunaikan segala yang disarankan – penstrukturan semula industri air, pemindahan air dari Terengganu, penggunaan air lombong, pembersihan air Sungai Kelang, penggunaan Teknologi Membran, kaedah ‘portable treatment’ plant.

Semua ini masih cakap-cakap, belum nampak apa-apa lagi.

Bukan itu saja, terkini Khalid mahu mengenalkan Hybrid Off River Augmentation System (HORAS). Satu lepas satu kaedah nak diperkenalkan tapi mana pelaksanaannya? Kalau di tengok semua ini matlamatnya nak tambah kapasiti air. Tapi sampai hari ini, Khalid masih cakap Selangor cukup air! Mana satu betul, Khalid?

Adakah semua perancangan ini bagi menutup rasa “malu” atas kegagalannya?

Meskipun pakar-pakar air menjelaskan bahawa Selangor akan berdepan krisis air 2014 dan memerlukan Langat 2, Khalid tidak pedulikan nasihat-nasihat itu dan tetap optimis mahu meneruskan perancangannya.

Disebabkan Selangor tiada pakar air menurut Faekah, setiausaha politiknya, Menteri Besar itu mengumumkan tindakannya mengupah dua buah syarikat antarabangsa, Suez Environment dari Perancis dan Wessex Water dari UK sebagai “penasihat” bagi menjayakan cita-citanya.

Memang Khalid ini sering pandang rendah pada pakar air negara.

Namun penstrukturan semula industri air itu masih belum berjaya dilaksanakan sehingga kini. Tak tahulah apa jenis nasihat yang Khalid terima dari para “penasihat”tersebut. Adakah serupa dengan saranan Kerajaan Persekutaan untuk bina Langat 2?

Kalau kita lihat daripada “report card” air Khalid, malang sekali, segala pengumuman Khalid itu hanyalah sekadar omongan kosong memandangkan tiada tindakan susulan atau sebarang perlaksanaan yang dijalankan bagi menjayakan cadangan tersebut.

Habis satu dunia dicanangkan segala ideanya, namun sehingga kini ia masih tidak dilaksanakan sehingga kini. Cakap saja lebih, kan?

Itu belum lagi disebut mengenai pelbagai kaedah seperti “storm water” dan memproses air laut yang diumumkan Khalid apabila terdesak menjawab persoalan mengenai masalah air yang saban hari semakin parah dihadapi rakyat Selangor.

Kesimpulan yang dapat dilihat dari “report card” Khalid sejak lima tahun mentadbir di negeri termaju itu ialah beliau hanya pandai menabur janji pada rakyat sebelum kemudiannya gagal mengotakan janji tersebut.

Kerana sehingga kini masih gagal melakukan penstrukturan semula air, ‘digula-gulakan’ yang rakyat akan jadi ‘tokeh’ air nanti apabila selesai penstrukturan selepas pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

Semasa rakyat menjadi ‘tokeh’ air nanti, apakah rakyat akan dipersalahkan apabila air tidak cukup, paip bocor, NRW tidak dapat diturunkan? Adakah pada masa itu juga akan diperkatakan jika rakyat tidak cekap menguruskan air pulangkan kepada kerajaan negeri? Walhal kerajaan negeri bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan bekalan air yang cukup untuk rakyat. Kalau banyak tu air yang ada, banyak tu lah juga yang akan diproses dan diagihkan.

Rakyat dan jutaan pengguna di Selangor, Putrajaya and Wilayah Persekutuan kini menjadi mangsa keadaan atas kegagalan Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang gagal menyelesaikan masalah air yang mereka hadapi.

Jadi tidak hairanlah report kad ini muncul untuk menyampaikan mesej yang Kerajaan Selangor ini telah gagal menangani isu air. Rakyat bersusah payah tak ada air, tunggu lori tangki datang, angkut air dalam baldi, memanglah free tapi menyusahkan. Bayang kalau warga-warga emas yang terpaksa buat begini? Mana sifat kerajaan yang berkebajikan?

“Perlukan kita memberi mandat kepada orang yang memungkiri janji dan tidak menunaikan segala janji yang ditaburkan?”

Jawapannya terletak pada rakyat –mahu terus menunggu lori-lori tangki air dan mengangkut air dalam baldi ke rumah? Kalau diikutkan jawapan di report kad yang disebarkan adalah ‘tidak’.

-MyNewsHub

2 comments:

Anonymous said...

HANYA LEMBU2 YG TAK CUKUP MAKAN DAN KUAT MELAHAP SAHAJA YANG TAK NAMPAK APA YANG KERAJAAN SELANGOR KINI TELAH BUAT.

SYABAS DATUK KHALID & KERAJAAN PAKATAN

SELANGOR LEBIH MAKMUR DAN MAJU DENGAN KERAJAAN PAKATAN KINI.

Anonymous said...

Lembu mana ada otak.
You letak seguni rumputpun di orang akan melantak. Lembu jenis ni ingat perut jaaaa....
ha..ha..ha..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates