Tuesday, March 19, 2013

1 Trowong Dasar Laut - DAP Ludah Manifesto Sendiri Mahu Mansuhkan Tol


Bila Guan Eng hendak mansuh Tol Pulau Nyior ni? Dulu masa belum jadi kerajaan di Pulau Pinang, DAP kata BN cekik darah kerana kenakan tol RM0.50 kepada pengguna. Sekarang bila sudah jadi kerajaan DAP, Guan Eng cakap tidak serupa bikin. Janji tidak ditepati.

Ketahuilah Rejim DAP Pulau Pinang membazirkan wang rakyat sebanyak RM3.2 juta semata-mata mahu membayar yuran perunding dari luar bagi menjayakan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. Lepas ni takpayah la nak undi puak pembangkang ni... Apa pun tak boleh!

Utusan- Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah mempersendakan manifesto mereka sendiri apabila projek terowong dasar laut yang ingin dibangunkan bakal dikenakan tol.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tikus, Rowena Yam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat negeri ini kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mahu memansuhkan tol sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, jika benar pembangkang mahu memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri ini melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.

"Selepas lima tahun mentadbir negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula terowong bertol. Jelas mereka sendiri membelakangkan manifesto yang selama ini dilaung-luangkan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rowena yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Bukit Bendera berkata, pihaknya mengesan kewujudan pelbagai perkara meragukan dalam projek mega bernilai RM6.3 bilion yang mengandungi pembinaan tiga lebuh raya dan sebuah terowong dasar laut yang bakal menghubungkan Persiaran Gurney di sebelah pulau dan Bagan Ajam di Seberang Prai itu.

Katanya, sebelum ini pelbagai pihak termasuk pakar berpendapat projek terowong berkenaan bukan keperluan mendesak yang perlu dibangunkan kerana Pulau Pinang bakal mempunyai jambatan kedua menjelang hujung tahun ini.

1 comments:

Anonymous said...

PR bukan kan sudah berjanji akan memansohkan tol. Kenapa projek ini pula yg nak kena TOL. Buatlah apa yg telah dkatakan. Kami Rakyat nak free bukan dzalimi mcm apa yg BN dah buat.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates