Tuesday, March 19, 2013

0 UMNO Teruskan Saman Tian Chua


Umno akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua setelah gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya dalam KeadilanDaily.com.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan undang-undang terhadap Tian Chua diteruskan setelah tempoh yang diberikan untuknya berbuat demikian tamat.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, yang dilapor dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu, mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk alih perhatian dan takutkan rakyat.

Sebelum itu, Umno melalui peguamnya telah menghantar notis kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula 4 Mac lalu untuk memohon maaf, menarik balik dan berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut. -SH

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates