Thursday, March 21, 2013

1 Video - Mahkamah Tawau Dikawal Anggota Keselamatan Bersenjata


Tawau- Mahkamah Tawau yang menempatkan Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi dikawal anggota pasukan keselamatan bersenjata sejak awal pagi Khamis.

Anggota polis tambahan mula memasuki perkarangan mahkamah pada 7.30 pagi menaiki dua lori polis dan beberapa kereta.

Kira-kira 40 anggota lengkap bersenjata berada di sekitar kawasan yang telah ditutup kepada orang awam bermula 5.30 petang semalam.

Video url: http://youtu.be/FdcZwSpkqq0



Kawasan luar mahkamah juga disita dan dikawal. Hanya pekerja mahkamah dibenar masuk ke mahkamah manakala wartawan hanya dibenar berada di luar kawasan.

Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dilihat memasuki mahkamah pada pukul 8.23 pagi.

Prosiding pendakwaan terhadap lapan lelaki Filipina akan dijalankan di sini pagi ini setelah kes terhadap mereka dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 66 tahun itu didakwa atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati dan pertuduhan kedua di bawah Seksyen 130KA kanun yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, jika sabit kesalahan.

Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

-Bernama

1 comments:

Anonymous said...

SIBOK JA SI AG NI....
NANTI JADI MACAM KES BATU PUTIH PULAK. SIBUK NAK DAKWA KES TEMBAK DI TERANGGANU, BATU PUTIH TERLEPAS KAT SINGAPORE.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates