Wednesday, March 27, 2013

0 Video Seks Nurul Izzah - Anwar Cemuh Wartawan

Foto dakwaan pembangkang mirip Nurul Izzah

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur wartawan Antarapos yang mengajukan persoalan mengenai video seks yang dikaitkan kepada beliau.

Soalan itu bertumpu kepada kenyataan Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution yang mendakwa Umno akan mendalangi video seks fitnah membabitkan pemimpin selain Anwar, termasuk Nurul Izzah.

Ditanya mengenai kenyataan Saifuddin itu, Anwar menuduh Antarapos sebagai alat Umno.

"Saya nasihatkan UMNO waktu Maghrib, awak solat dan ambil wudhuk, malu kita kepada umat Islam, kalau masyarakat Islam khususnya UMNO dan Antarapos dan mari kita solat maghrib dan mohon keampunan daripada Allah SWT," kata Anwar kepada AntaraPos.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) di ibu pejabat PKR.

Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sebelum ini sering dicemuh oleh Anwar dilarang sama sekali daripada membuat liputan sidang akhbar itu.


Terdahulu Saifuddin menyamakan pimpinan PKR kepada Nabi Yusuf, Mariam dan Aisyah yang difitnah dengan fitnah seks. Anwar adalah Ketua Umum PKR.

“Kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan,” kata Saifuddin.

“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Saifuddin bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong hujah bahawa video yang dimaksudkan adalah manipulasi imej digital.

“Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah,” kata Saifuddin.

Sejak beberapa hari lalu, ibu pejabat PKR mengadakan sidang akhbar untuk melempar pelbagai tuduhan terhadap blogger Papagomo selepas blog itu menunjukkan sedutan video membabitkan aksi seorang lelaki mirip Anwar.

Menurut Papagomo, rakaman penuh video itu akan menunjukkan lelaki berkenaan meliwat seorang mahasiswa dari Sabah yang kemudian diberikan upah RM300.

Anwar sudah pun menfailkan saman RM100 juta terhadap Papagomo namun blogger itu bertegas mendedahkan video berkenaan.

Anwar dan pimpinan PKR sebelum ini menolak video-video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu sebagai fitnah jahat Umno.

Pada tahun 2011, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengenakan denda terhadap tiga orang termasuk Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana menayangkan sebuah video seks kepada orang ramai.

Ketiga-tiga tertuduh itu mendakwa pelaku seks dengan pelacur Cina dalam video itu adalah Anwar.

Pada sidang mahkamah itu, dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengemukakan laporan bahawa rakaman video itu adalah tulen iaitu tidak ada sebarang “tampering” (diubah-ubah) dan “super impose” (pertindihan imej) dilakukan.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates