Friday, March 22, 2013

10 Video Seks Songsang Papa Jahat - Anwar Jangan Menyesal!

"Aduhhh apa yang dah aku buat... menyesal I saman U...." 
Kata Pak Berahim...

Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak menyesal kerana tidak menuruti tuntutan pengendali blog, papagomo.com agar menarik balik saman RM100 juta yang difailkannya pagi tadi, kata Pesuruhjaya Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Selangor, Wan Indra Putra Ahmad.

Ini kerana katanya, keengganan Anwar itu akan membawa kepada pendedahan rakaman penuh video seks songsangnya dengan seorang mahasiswa dari Sabah, oleh Papagomo.

Beliau menambah, tindakan menyaman Papagomo adalah perbuatan yang sia-sia memandangkan ia tidak akan memberikan kelebihan kepada Anwar.

“Sekiranya Anwar Ibrahim tidak menurut apa kehendak daripada blogger Papagomo, tunggulah natijahnya dan jangan menyesal. Persoalannya di sini, kenapa Anwar Ibrahim hendak menyaman blogger Papagomo sedangkan dia pun maklum bahawa tidak ada pun satu keyakinan dan kepercayaan pada dirinya di era laman sosial ini.

“Apa yang dikeluarkan, apa yang didedahkan, apa yang ditampilkan adalah satu harapan rakyat bahawa batang tubuh ataupun individu di dalam itu menunjukkan manusia itu adalah Ketua Pembangkang di Malaysia,” kata Wan Indra ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Wan Indra berkata, selain saman, Anwar boleh memilih untuk membuat penafian secara rasmi ataupun sumpah laknat yang lebih meyakinkan rakyat terhadap dirinya dan tidak mengelak untuk menjawab kemusykilan yang timbul.

“Persoalannya di sini, jika bukan dia apa perlu saman itu dikemukakan? Dia harus menafikan, satu, dan yang keduanya bersumpah laknat dan yang ketiganya membuktikan yang itu bukan dia.

“Dan hingga ke hari ini pun, seperti VCD pertama yang membabitkan isu China Doll, dia tidak pernah jawab komen pun..waima kedudukan jam Omega itu menjadi tanda tanya seluruh rakyat Malaysia,” tegas beliau.

Papagomo sebelum ini memberikan tempoh 48 jam kepada Anwar untuk menarik balik saman RM100 juta terhadapnya, jika enggan rakaman penuh adegan seks seorang lelaki mirip Anwar dimuatnaik ke dalam laman blognya.

Tempoh itu akan berakhir jam 4.00 petang ini. Sehingga kini tidak ada sebarang tanda Anwar akan berbuat demikian.

Anwar dalam pada itu memfailkan saman malu terhadap Papagomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi bersabit video seks terbaru yang memaparkan seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang melakukan hubungan 'intim' dengan pasangan lelakinya.

Anwar memfailkan saman itu setelah Papagomo enggan memadam beberapa keping gambar yang menunjukkan kronologi lelaki mirip wajahnya itu dalam keadaan intim dengan pasangannya, yang diambil daripada video berkenaan.

Anwar bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, N. Surendren dan Lathefa Koya.

Wan Indra dalam pada itu berkata, pertubuhan bukan kerajaan, TIBAI yang dianggotai oleh bekas orang-orang kuat Anwar menolak pemimpin yang tidak bermaruah dan mempunyai moral yang tidak baik bagi memimpin negara.

“Pendirian TIBAI adalah mudah dan senang..kita perlukan pembangkang, tetapi pembangkang yang mempunyai digniti, moraliti, bermaruah dan boleh diterima masyarakat.

“Rakyat ingin tahu (sama ada ianya) benar atau tidak..bukan kerana seseorang itu rasa benci, rasa dendam, rasa meluat..tidak. Rakyat nak tahu kerana ini membabitkan pemimpin negara. Sebagai bekas orang-orang yang pernah membela, yang pernah merasa suka dan duka bersama manusia bernama Anwar bin Ibrahim ini, kami ingin mendapatkan satu kepastian..,” ujarnya lagi.

10 comments:

Anonymous said...

Sokong pembangkang yang punya integriti, bertanggung jawab, adil, ikhlas untuk membela nasib rakyat..tapi pembangkang diMalaysia adalah pembangkang yang paling bangsat, paling mengarut yang pernah aku jumpa dalam hidup ini. Matlamat mereka adalah untuk rebut kuasa dan mengkayakan dirinya dan keturunannya sedang rakyat miskin tidak terbela malah dirampas haknya. Kalau mereka berkuasa, rakyat miskin akan terus menderita..tak sanggup aku tenguk bangsaku hidup merempat ditanah air sendiri.

Anonymous said...

Nak menyesal apa bro. dah memang kerja hampa macam tu dari dulu,kini dan selama2nya!!!!

Anonymous said...

kadang2 kita pun bukannya pandai sangat.tapi saya xnampak blog tuan boleh membantu umno/bn.yg percaya apa yg tuan tulis pun spesis2 yg terlebih makan taik lembu shahrizat saja,macam 2 ekoq kat atas ni.taubatla tuan dah xde sapa2 yg percayakan jenis spin yg tuan cuba lakukan.baik pi masjid baik amal ibadat drp buat dosa kering dengan imbuhan yg xpernah pun mencapai 250m harga lembu tu.....

Awang Fauzi said...

Umporno nih kesah sek je yg diaorg tau. PR bankit isu ekonomi dia balas dgn hal sex, PR bangkit isu keselamatan dia bangkit isu sex, PR bangkit isu rasuah dia balas dgn isu sex, semua perkara yg d bangkitkan akan dijawab dgn sex. Umporno nih tau hal sex saja hal lain otak nya kosong!!

Anonymous said...

Amboi,bila pr bangkit issue economy??dah terang2 najib bg fakta turun naik economy Malaysia dr zaman anuar,Tun m and najib..Lu orang da tgk ke belum??bg la comment sikit kenapa zaman anuar tu economy merudum sampai inflasi??Dan kenapa masa zaman najib economy Malaysia adalah yg terbaik??dah dibuktikan dulu anuar adalah seorang yg gagal dlm economy masa berkuasa dulu..Malah seorang yg gagal dr segi akhlak..waima anak bini pun seorang Muslim yg gagal

Anonymous said...

Wan jijah adalah seorang isteri yg bersubahat menyorok kemungkaran suami,nurul seorang Muslim yg menggalakkan murtad melalui kebebasan beragama..apa lg yg nak pr bangkitkan??keselamatan??Tentera Malaysia adalah satu2nya Tentera yg berjaya menumpaskan komunis di dunia..rasuah??anuar rasuah bapak saiful..anuar Cuba rasuah papagomo..deepak Cuba rasuah datuk trio...apa cerita??umno bangkit dr zaman sebelum merdeka hingga gagah skrg ni sbb memperjuangkan hak istimewa melayu..Tp pr bangkit sbb apa??sbb fitnah Dan hasut rakyat utk membenci kerajaan..pr tetap jijik bg gua sbb naik dgn cara yg Paling jijik..

Anonymous said...

Nafsu sex pemimpin pembangkang disebarkan untuk rakyat tahu., jenis pemimpin apakah yang sedang menawarkan diri untuk memimpn rakyat.

Kalau isu 'belalai' pun tak boleh nak kawal., ingat dia ni akan jujur dalam memerintah negara nanti? Kalau larangan Allah yang begitu jelas pun dia sanggup engkar.., apa dia nak takut dengan rakyat marhein seperti kita2?

Basic, brother... Basic dulu..!

ibnusahdan said...

tentang ekonomi,pembangkang nak bagi semua free.bila semua free tiada jualbeli maka tiada kemajuan ekonomi kerana ekonomi bergantung kepada jualbeli.soal keselamatan,kenapa pembangkang membuat huru hara dengan demonstrasi merosak harta benda.pembangkang nak kurangkan jumlah anggota keselamatan.macamana nak selamat kalau anggota keselamatan kurang?kenapa nak ungkit hal yg mereka takkan menang atas Sabah dengan pemberontakan?soal rasuah pula pembangkang adalah juara dalam melaksanakannya.takde apa kelebihan pun untuk menyokong pembangkang.setiap kali nak menutup isu yg pembangkang bangkitkan dan tak memihak pd mereka dan memakan diri sendiri,mereka akan bawakan isu yg memalukan diri mereka sendiri untuk dapat simpati.dan bila cuba dibangkitkan juga mereka akan saman supaya media mengikut isu apa yg mereka nak tonjolkan supaya tertutup isu lama.im not a sympathy voter.im vote for whom can make this country better then today.

Anonymous said...

assalam saudara-saudaraku sekalian.

daripada berkata perkara-perkara yang mengaibkan makhluk Allah yang lain yang sememangnya menjadi tujuan iblis dan syaitan untuk menyesatkan kita, baiklah kita sama-sama memikirkan dan menggembleng tenaga dalam memartabatkan ekonomi serta kemashalatan ummah. dah lama kita ditindas sejak belum merdeka lagi. Kita asyik nak bertegang urat memburukkan antara satu sama lain..x kan kita Islam/Muslim hanya di IC je...

Anonymous said...

ingat nuar besar dosanye itu sampai nabi x ngaku umatnye taubuat nuar. izzah maii

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates