Friday, April 19, 2013

3 #PRU13 Calon Pemuda BN


Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13.

Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.

Pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya.

BN Pilihan Orang Muda, Calon Pemuda BN bersama Najib dahulukan rakyat!

Sumber: www.rembau.com.my

3 comments:

Anonymous said...

dulukan rakyat bayar harga barang naik,elektrik,air dll..penyamun!!!

hero_labu said...

Terbayang nasib dun merbau pulas.sepatutnya ketua pemuda yg byk berkorban jd calon.tp yg naik marlia yg terang2 dah bertahun semua cawangan tolak.x pernah dlm 4thn turun membantu rakyat dan bahagian.tup2 naik.mcmmn la yg di teliti oleh parti utk menjadi calon

Wan Shah said...

ini bukan barisan pemuda. tapi barisan penyamun!! dh 55tahun merdeka, hidup rakyat makin lama makin tertekan. projek juta2, konon majukan negara, tapi kayakan saudara mara. piirahh..

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates