Monday, April 22, 2013

0 #PRU13 DAP Tidak Hargai Ahli - Khairy


REMBAU - Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan DAP tidak menghargai wakil rakyat mereka hingga menyebabkan Naib Pengerusi DAP negeri, John Fernandez bertindak bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, ia terbukti apabila John tidak disenaraikan sebagai calon dalam pilihan raya kali ini.

"Kita nampak banyak masalah dalam pembangkang di Negeri Sembilan dan kita nampak masyarakat India juga tidak mendapat tempat dalam DAP.

"Saya merayu kepada pengundi India agar mengambil insiden ini iktibar dan pengundi di Parlimen Rembau lihat apa yang berlaku pada John Fernandez," katanya.

Terdahulu, empat bekas ahli DAP termasuk penyandang Parlimen Seremban, John Fernandez hari ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU-13 pada 5 Mei ini.

John menjelaskan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, manakala bekas Pengerusi DAP Cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang.

Mereka yang turut keluar parti dan bertanding di DUN ialah Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajasher (Nilai) dan anggota DAP Rantau, R. Sasikumar (Temiang).

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates