Tuesday, April 9, 2013

#PRU13 Infografik #ManifestoBN - "Menepati Janji, Membawa Harapan" #BetterNation

Rekod Kerajaan Barisan Nasional menunaikan janji cukup jelas. Perubahan sebenar telah pun berlaku, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa. Dalam kita menuju Pilihan Raya Ke-13, saya dengan rendah diri memohon mandat daripada anda semua untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu.

Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul.

Layari www.1malaysia.com.my/manifesto untuk mendapatkan akujanji Barisan Nasional yang lebih terperinci.


Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan dan ditingkatkan secara beransur-ansur bagi mengurangkan beban keluarga yang memerlukan dan golongan bujang berpendapatan rendah.


PM, Datuk Seri Najib Razak sedar akan keperluan kereta kepada setiap rakyat. Sebab itulah, beliau mahu Dasar Automotif Negara disemak semula bagi membolehkan harga kereta turun sehingga 30 peratus secara berperingkat-peringkat.


Kemudahan internet adalah sangat penting kepada masyarakat kita hari ini. Ia bukan sahaja dijadikan medium komunikasi semata-mata malah membolehkan kita semua untuk mendapatkan pelbagai maklumat dengan mudah. Atas kesedaran itulah Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat tidak kira latar belakang ekonomi, sama ada di bandar mahupun luar bandar mempunyai akses kepada kemudahan internet jalur lebar.


PM, Datuk Seri Najib sedar akan masalah yang dihadapi oleh generasi muda dalam memiliki kediaman sendiri kerana harga rumah yang semakin meningkat. Sebab itulah, Kerajaan Barisan Nasional telah perkenalkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menyediakan rumah mampu milik.


Kita semua mengimpikan kediaman sendiri untuk dihuni bersama keluarga tercinta. Kerana itulah, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos pemilikan rumah bagi memastikan pembeli kali pertama mampu memiliki kediaman yang mereka impikan.


Setiap daripada kita memerlukan air untuk keperluan harian. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat, kami akan sentiasa berusaha untuk memastikan anda semua mempunyai akses kepada kemudahan air bersih.


Kerajaan Barisan Nasional telah sekian lama berusaha membawa arus pembangunan yang pesat ke seluruh negara. Ini termasuklah dengan menyediakan pelbagai infrastruktur awam seperti jalan raya ke seluruh negara yang akan memberi manfaat kepada berjuta-juta rakyat di kawasan luar bandar.


Sepanjang pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan telah meletakkan matlamat mengurangkan kadar jenayah sebagai agenda penting negara. Pelbagai usaha dan langkah-langkah telah dilakukan bagi memastikan keselamatan kita semua terjamin.


Keamanan negara adalah amat penting untuk kita semua terutama sekali ketika Malaysia sedang menuju ke arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.


Selama ini pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha memastikan agar setiap rakyat mampu mendapat pendidikan berkualiti di negara ini. Usaha berpanjangan ini akan diteruskan lagi bagi mencapai matlamat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi rakyat berpengetahuan tinggi di negara ini.


Untuk menjadi sebuah negara maju, Kerajaan Barisan Nasional perlu memastikan setiap rakyat mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Inilah sebabnya mengapa selama ini Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menitikberatkan kualiti sistem pendidikan negara.

No comments: