Saturday, April 6, 2013

#PRU13 Kecoh Di Pahang - Siapa Bakal MB Bayangan PR?


Demikian teka teki yang berlegar – legar didalam kepala rakyat terutama sekali di Negeri Pahang pada ketika ini tatkala menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa teraju utama bagi Negeri Pahang ini akan diserahkan kepada PKR yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Namun, malangnya hasrat itu tidak menjadi nyata apabila nama Datuk Fauzi diumumkan akan bertanding di Parlimen Inderamahkota baru – baru ini.

Pencalonan Datuk Fauzi telah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu sesi ceramah yang diadakan.

Pencalonan tersebut turut mendapat pandangan negative dari segelintir penyokong – penyokong PKR yang disambut dengan laungan ‘Boo..’.

Tidak cukup dengan itu, PKR Pahang juga turut menerima tamparan hebat apabila Bekas Pengasas parti itu di Pahang telah membuat keputusan untuk menentang Datuk Fauzi.

Jelas, penolakkan rakyat terutamanya dikalangan ahli PKR sendiri terhadap Datuk Fauzi cukup kuat. Maka mungkin sebab itulah beliau dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen.

Seorang lagi calon yang disebut – sebut untuk merebut jawatan sebagai teraju utama Kerajaan Negeri Pahang ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pemilihan Tuan Ibrahim dibuat berdasarkan kredebiliti beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi PAS Negeri merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.

Namun, sebelum ini, desas – desus kuat kedengaran bahawa Tuan Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen Jerantut. Pada mereka, kerusi Jerantut mudah untuk dikuasai.

Ianya ekoran pengumuman YM Tengku Azlan, penyandang kerusi tersebut telah pun membuat pengumuman untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini.

Walaubagaimana pun, sama ada Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN atau pun di kerusi Parlimen, rata – rata rakyat menolak pemilihan Tuan Ibrahim sebagai MB Pahang.

Ini disebabkan latar belakang Tuan Ibrahim sendiri. Beliau bukan anak jati Negeri Pahang. Sebaliknya Tuan Ibrahim datang ke Pahang atas sebab jawatannya sebagai Pensyarah UiTM.

Malah isteri beliau juga bukan orang Pahang. Perkara itu jelas dan ianya juga dipersetujui oleh kepimpinan PAS Pahang sendiri. Mereka sendiri tidak memperakuinya.

Bagi sesetengah penyokong PAS, Tuan Ibrahim hanya akan mendatangkan susah buat mereka untuk berhadapan dengan rakyat. Bagaimana mungkin rakyat dapat menerimanya?

Tambahan pulak, pemilihan Tuan Ibrahim itu jelas menghina kepimpinan PAS yang ada di Negeri Pahang ini secara tak lansung.

Apakah tidak ada calon lain yang boleh diangkat PAS untuk menjadi teraju utama pimpinan Negeri selain dari seorang yang dianggap sebagai ‘Orang Luar’ ini?

Nah! Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan pimpinan PAS berfikir dua kali untuk menjadikan Tuan Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Jika penyokong PAS sendiri pun berfikir sedemikian, adakah kita akan membiarkan Negeri ini ditadbir oleh orang luar? Adakah tidak ada anak tempatan yang lebih layak dari beliau?

Sama – sama kita fikirkannya. Jangan menyesal dikemudian hari sudah la!!!

No comments: