Monday, April 22, 2013

#PRU13 Pakatan Ranap


Tidak boleh beri kepercayaan untuk urus tadbir negara

Pekan: Pakatan parti pembangkang sudah ranap sejak hari penamaan kelmarin kerana berbalah dalam menentukan calon masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan negara.
“Nama sahaja pakatan rakyat, tetapi tidak boleh berpakat. Pakatan rakyat di mana pakatannya sudah ranap. Ini belum lagi nak mengendalikan sebuah kerajaan.


Tidak sepakat

“Dalam pembangkang, waktu pilihan raya hakikatnya mereka tidak boleh berpakat... kalau tidak ada sesuatu gabungan yang bersatu dan suara yang satu, matlamat yang satu dan falsafah yang satu, maknanya ranap negara kita kalau kita beri kepercayaan kepada mereka.

“Sebaliknya, (rakyat) teruslah beri kepercayaan kepada BN... lebih-lebih lagi puak sana (pembangkang) sudah tak boleh pakai lagi sebab bila malam hari penamaan calon dah berbalah sama dia kerana ada kawasan PAS letak calon dan PKR pun letak calon,” katanya ketika merasmikan Projek Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2 dan Kompleks Perumahan Kakitangan FELDA, di sini, semalam.

Najib juga berkata, rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada pakatan seumpama itu untuk mengurus tadbir negara yang sedang mengalami perubahan besar menerusi dasar transformasi oleh BN.
Katanya, rakyat hendaklah terus memberi kepercayaan kepada BN yang turut melaksanakan perubahan membawa masa depan negara dan taraf hidup rakyat yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sehingga kini tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan rakyat.

“Adakah mereka ini boleh dipercayai untuk membawa negara kita kepada keadaan lebih baik. Percayalah jika mereka kata nak ubah kepada perubahan... BN pun nak ubah kepada perubahan tapi yang bezanya kita berubah daripada dalam,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

KALAU AKU JADI BLOGGER UMNO, SUMPAH AKU MALU NAK MEYENTUH ISU INI. APA TIDAKNYA, HARI, BADAN DISIPLIN UMNO MEMUTUSKAN TINDAKAN PECAT KEPADA 61 CALON UMNO YG BERTANDING ATAS TIKET CALON BEBAS.
MEMANG UMNO DAH PUNAH RANAH.

MENGATA DULANG PAKU SERPIH .. SEMUA CALON BERTINDIH PR DAH TARIK DIRI.

AKU SENDIRI DAH 11 BULAN TINGGALKAN UMNO YG KONONNYA NAK MEMEPRJUANGKAN ISLAM. KINI DALAM PAS, AKU JADI LEBIH TENANG KERANA MENEMPATKAN DIRI DALAM JEMAAH YG PENUH DENGAN MAJLIS ILMU.

lijitra said...

sebenarnya umporno be end akan ranap bukan PR.

Anonymous said...

Anon 11.42

Majlis Ilmu?
Kat masjid dah tentu ada,
atas pentas politik tak ada, cuma kutuk, hina, cerca dan caci-maki...
Sebutkan apa sumbangan PAS mensyariatkan Islam? Negara Islam dan Hudud dah hilang, tanya sama pokok...

Sebenarnya orang Islam kalau bersatu akan menjadi kuat, jika tidak jadi kuda je la

Anonymous said...

Belajar Islam dengan pemimpin PAS macam lah belajar nak jadi pilot dengan pemandu lori..

Songsang, beb...!!