Monday, April 8, 2013

#PRU13 PKR Bakal Berkubur... PRU-13: 27 Lagi Ahli PKR Pasir Salak Sertai UMNO, 429 Orang Dalam Seminggu


PASIR SALAK 8 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bercita-cita mahu merampas Parlimen Pasir Salak daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 terus menerima tamparan hebat apabila 27 lagi ahlinya bertindak meninggalkan parti itu.

Perkembangan itu sekali gus memberi tekanan kepada kepimpinan pakatan pembangkang di Pasir Salak selepas 428 ahli dan pemimpin PKR meninggalkan parti itu setakat ini, dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Kesemua 27 ahli PKR tersebut berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN), menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.

Wakil kumpulan itu, Mohd. Tarmizi Abu Bakar, 40, berkata, keputusannya meninggalkan PKR sudah bermain-main difikirannya sejak enam bulan lalu selepas melihat pucuk pimpinan parti itu gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat.

"Keputusan menyertai UMNO bukan dipengaruhi mana-mana pihak tetapi atas keyakinan terhadap BN yang saya lihat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Pasir Salak,'' katanya yang menyertai PKR Ranting Parit 4A sejak tiga tahun lalu.

Pada 8 Mac lalu, bekas Setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip mengetuai 340 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Parti pembangkang itu terus menerima kejutan apabila 62 ahlinya yang diketuai Setiausaha PKR cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan membuat tindakan sama pada 3 April lalu.

Mohd. Tarmizi berkata, dia dan rakan-rakannya juga berikrar akan bertungkus-lumus membantu jentera BN pada PRU-13.

Sementara itu, Tajudin mengalu-alukan tindakan kumpulan tersebut sambil menyifatkannya sebagai simbol gelombang sokongan rakyat kepada BN.

Katanya, kredibiliti PKR juga semakin tercalar apabila ramai ahlinya hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti itu yang hanya bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya.

"Kepimpinan PKR dilihat semakin menggelabah apabila ramai ahlinya menyokong BN dengan menjadi ahli UMNO. Ini memberi tekanan yang bukan sedikit kepada parti itu apabila momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat,'' ujarnya. - UTUSAN ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

Suda la ko, kalu kecik ati sbb x terpilih pon pg la merajuk sorg2, xpon tu tnda yg ko mmg x guna dlm UMNO sbb sifat ko yg suka merajuk, suka racun fikiran org
Ayat ko suma copy paste, suma xde, suma ko nk condemn, tp ape yg ko da bt utk majukn Islam n Melayu? Habukk!!
Ko tarbiyah nik ajis suruh dier insaf lg baik..
Sikit2 nak majuk..xtau malu, pstu nk hasut org....ddk dlm bilik la n ckp sorg2

Anonymous said...

Betul tu..xpayah nk tgok laman2 kt senarai tu,buang masa xde langsung faedah..tambah dosa adalah sbb dlm tu mesti byk fitnah,citer tipu,putar belit,buruk sangka,putar akidah..Emm xpayah,rkyat M'sia dh bosan dh..