Tuesday, April 9, 2013

5 #PRU13 PKR Semakin Hancur... 250 Ahli PKR Cabang Gombak Sertai UMNO #TolakPR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya dengan diketuai Timbalan Ketua Cabang, Abu Bakar Ninggal dan Ahli Jawatankuasa Cabang, Mazlan Abdul Rashid keluar daripada parti itu.

Serentak itu, kesemua mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR telah jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral yang kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO sahaja dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak, di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

5 comments:

Anonymous said...

Wei! toksah bodo sngt le!Ko ingat dgn propa mcm tu PKR akan goyah ke?Pg ptg dok cakap org kluar parti,tp bila pilihanraya PKR menang juga,PAS menang juga dn DAP menang juga!

Anonymous said...

Hihihi yo la tu anon 11.50..ko ni syok sndiri ke ape..tggu kputusannya nnti,jgn over Sgt nnti darah tinggi naik..wakakaka kesian ko anon

Anonymous said...

kalau anon atas sekali tu marah sgt, suruh azmin SUAP aiskrim dlm mulut dia, biar dia senyap hehehe

Anonymous said...

kalau tak puas gak ..tahan je kat bang non..hehe

Anonymous said...

尊敬的女士, 先生们
马华鹅麦主席叶金福律师办事处(Taman Desa Jaya, Kepong) 是欺骗女人的办事处,吃寺庙钱的律师......
请女士, 先生们,莫得到欺骗

Tuan-tuan dan Puan-puan yang di hormati sekalian,
Pejabat Peguam, ketua MCA Gombak YIP KUM FOOK yang berada di Taman Desa Jaya, Kepong, inilah satu pejabat tipu Wanita, makan duit tokong dan lain-lain.
Harap Tuan-tuan dan Puan-puan mengambil perhatian supaya jangan kena jerat.

Ladies and gentlemen in all respect,
Attorney Office, head of MCA Gombak YIP KUM FOOK which is in Taman Desa Jaya, Kepong, office of cheating women, eating money temple and etc.
Ladies and Gentlemen take note that be down by loop.

By Mr Yee (MCA MALAYSIA)

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates