Tuesday, April 9, 2013

0 #PRU13 #SaveKedah - Pendedahan CM Afghani Kucar-kacirkan Pas Kedah


Bila sebut nama Zainon Ahmad mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kerana beliau lebih sinonim dengan panggilan CM Afghani yang menggemparkan PAS apabila bekas ahli PAS seumur hidup itu secara terbuka mempersoalkan kepimpinan PAS mengenai kemana lesapnya wang tabung Memali.

Insiden Memali berlaku pada 19 november 1985, insiden berdarah di Memali berlaku di Kampung Memali, Baling menyaksikan pertempuran antara 200 anggota polis dengan 400 penduduk, yang didakwa pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Kejadian tersebut menyebabkan 14 orang awam dan empat anggota polis terkorban manakala 159 lagi ditahan dengan 36 antaranya dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ekoran insiden tersebut PAS kemudiannya menubuhkan Tabung Memali yang dikatakan akan digunakan bagi membantu balu, isteri, dan anak-anak yang terjejas dengan insiden tersebut.

CM Afghani atau Cikgu Non kemudiannya bangkit mempersoalkan kepada pemimpin ke mana hilangnya dana tabung tersebut, namun persoalan itu masih dibiarkan terawang-awang tanpa jawapan, malah cabaran beliau untuk berdebat bagi menegakkan keberan juga tidak dilyan pemimpin PAS.

PAS jelasnya perlu menyahut cabaran tersebut dan menjelaskan dakwaan penyelewengan wang Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Afghani sebelum ini pernah membongkar penyelewengan yang dilakukan PAS dalam isu Tabung Memali ekoran ramai balu serta waris mangsa insiden tersebut tidak mendapat bantuan yang sepatutnya diterima.

Beliau juga turut menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pendedahan yang dilakukannya agar pihak yang terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akibat terpengaruh dengan amanat Hadi Awang juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)

Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan beliau telah dipecat dari Pas.

Meskipun pemimpin PAS menganggap beliau bukanlah nama besar, dan tidak berpengaruh, tetapi perjuangannya turut mendapat perhatian ahli PAS apabila 400 ahli PAS di Kuala Berang keluar parti secara beramai-ramai.

Amanat Hadi Awang dan penyelewengan Tabung Memali nyata menggoyangkan PAS Kedah yang kini ditadbir Azizan.

Beberapa kejadian telah membuktikan betapa pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh beliau tentang parti itu telah membuatkan ramai penyokong serta ahli fanatik PAS membuta mata dan hati.

PAS perlu membuat penjelasan berkenaan tabung berkenaan dan amanat Hadi yang nyata mengkucar-kacirkan masyarakat Melayu Islam di negara ini, terutamanya pengikut PAS.

Ke mana duit hasil kutipan tabung berkenaan. Sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

0 comments:

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates