Wednesday, April 10, 2013

1 #PRU13 #TolakPR - Regim Pembangkang Semakin Sasau Rebut Kuasa!


Semasa pilihanraya-pilihanraya lampau sebelum 2008 jarang sekali dengar kisah kalangan pembangkang atau sesama dalam parti bergeser pasal kerusi.

Nampak gaya bahang kuasa boleh membuat siapa saja jadi sasau.Tsunami politik PRU 2008 bikin mereka terasa 'lain macam'...seolah Putrajaya sudah terawang-awang.

Makanya semangat siapa cepat dia dapat sudah menghantui diri.

Dicelah-celah pergelutan ini...timbulah berbagai hal yang dulu tidak pernah dengar.

Ikut ceritanya kem Tan Sri Khalid Ibrahim agak terkejut. Ini gara-gara khabar yang berlegar mengatakan nama Menteri Besar Selangor itu kini disenaraikan bertanding untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang bukan Ijok yang kini beliau wakili.

Intrik politik, perebutan kerusi dan kedahagaan kepada kuasa kini kian menjadi penyakit yang mengelegak dalam pakatan pembangkang.

Bukan sahaja antara PAS-PKR-DAP...misalnya dalam kes di Selangor, sesama sendiri.

Al-kisahnya Khalid ditolak oleh PKR Ijok yang mana beliau merupakan ketuanya.Kalau bertanding semula di kawasan tersebut, beliau akan kalah dan untuk menyelamatkannya dihantar ke DUN Pelabuhan Klang.

Sumber-sumber kata setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sudah menghidu langkah tersebut lebih awal.

Kem Khalid dikatakan menawarkan kerusi Pelabuhan Klang untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagi mereka, Khalid tetap akan mempertahankan Ijok dan tidak ada sebab untuk beliau berpindah ke Pelabuhan Klang, kerusi PKR yang mana wakilnya Badrul Hisham telah keluar parti dan menjadi YB Bebas.

Itu antara cerita di Selangor. Ketegangan juga sedang berlaku di dalam pakatan pembangkang di negeri-negeri lain mengenai soal siapa calon PR untuk setiap kawasan Parlimen dan DUN..

Ada yang dikatakan mendakwa kononnya mereka sudah buat persiapan lama untuk PRU13.

Suasana perang dingin timbul hampir di semua negeri kecuali Kelantan yang mana PKR dan DAP tidak kuat banding dengan PAS.

Paling ketara adalah di Johor, Terengganu. Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Johor isu yang bermula dari kerusi Gelang Patah antara PKR dan DAP, kini merebak ke Segamat apabila DAP Johor meminta PKR ganti satu kerusi selepas Chua Jui Meng dinamakan calon PKR di kerusi DAP tersebut Isnin malam.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengumumkan bahawa Chua Jui Meng akan bertanding di Segamat.

Pagi Selasa bos DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menuntut kerusi ganti kepada DAP berikutan penyerahan Segamat kepada PKR.

Tuntutan DAP Johor itu dibuat dalam suasana Dr Boo dan beberapa lagi pimpinan DAP negeri sudah menghantar surat perletakan jawatan masing-masing.

Agendadaily difahamkan ia sebagai 'push factor' kepada tuntutan DAP negeri.

Di Terengganu, pengumuman ketua PKR negeri, Azan Ismail pada Rabu lepas bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen telah disangkal oleh Pesuruhjaya PAS, Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid pada hari berikutnya berkata PAS akan bertanding tujuh daripada lapan kerusi parlimen, meninggalkan hanya satu kepada PKR, menyebabkan Azan tidak berpuas hati.

Azan, yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota mungkin akan ke Kemaman, menunjukkan bahawa beliau berusaha untuk lebih kerusi bagi PKR, khususnya di kawasan parlimen Setiu atau Kuala Nerus.

Di Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa berkata, calon PAS akan bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh.

Ini disangkal oleh Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.

Di Perlis, PKR dan PAS berebut kerusi Kangar, secara tradisinya ditandingi oleh PKR.

Pengerusi Negeri PKR, Mohd Faisol Abd Rahman berkata, beliau kecewa bahawa Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin baru-baru ini mengumumkan Baharuddin Ahmad sebagai calon bagi kerusi itu.

Mohd Faisol berkata, PKR tidak akan memberi laluan kepada DAP bagi majoriti Cina kerusi DUN Indera Kayangan.

Di Sabah, kepimpinan Pakatan sedang cuba untuk berbincang bagi berkongsi kerusi dengan sekutunya Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Tetapi yang berlaku sebaliknya, Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah pada Khamis lalu mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di Tuaran yang bertentangan dengan kenyataan Anwar yang akan mengumumkan Ketua APS Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai calon bagi kerusi itu.

Ansari mempertahankan tuntutan beliau, termasuk enam kerusi lain untuk PKR, dengan ancaman bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi.

Bagi bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hassan Ali, apa yang berlaku kini pakatan pembangkang tidak lagi menghormati formula pembahagian didasarkan kepada amalan semasa PRU ke 12.

"(Mereka) sebaliknya berlumba-lumba membuat pengumuman bersendirian untuk "mengecup" kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada masing-masing parti dalam Pakatan,"katanya.

Beliau memberikan contoh, Parlimen Bagan Serai yang dikatakan milik PAS tetapi Ketua Umum PKR telah terlebih dahulu mengisytiharkan tanpa merujuk kepada PAS bahawa kawasan Parlimen tersebut akan ditandingi oleh PKR yang akan meletakkan Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuti.

Begitu juga Parlimen Labuan, Setiawangsa dan Bera yang diperuntukkan kepada PAS telah disambar bila Timbalan Presidennya Azmin Ali membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada PAS.

"Dikhabarkan baru-baru ini pimpinan tertinggi parti komponen sengaja memilih untuk tidak hadir dalam mesyuarat penentuan kerusi sebagai tanda protes terhadap sifat angkuh, tamak dan mengenepikan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pimpinan tertinggi PKR khasnya,"ujar Dr Hassan.

Menurut beliau, ada berita yang mengatakan bahawa ada pimpinan tertinggi dari komponen parti yang telah bertindak untuk mengugut  bahawa mereka bersedia untuk melihat kerusi-kerusi yang berlaku pertindihan calon tersebut dipertandingkan secara tiga penjuru.

"Masalah pembahagian kerusi adalah masalah pra kemenangan. Seandainya ditakdirkan PR berjaya menawan Putrajaya, bayangkan betapa getirnya perbalahan di antara pimpinan Pakatan untuk membentuk kerajaan sekaligus menamakan anggota kabinet dan melantik Perdana Menteri,"katanya.

Ada 222 kerusi Parlimen yang menjadi rebutan dalam PRU 13 ini, selain 505 kerusi DUN seluruh negara kecuali Sarawak yang telah mengadakan PRN pada 2010.

SPR akan menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi dalam mesyuarat khas.

-Helme Hanafi

1 comments:

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates