Sunday, April 21, 2013

4 #PRU13 VIDEO: Chegubard Sebak Ditampar Ahli Pas Waktu Penamaan


SEMALAM kami mendedahkan kejadian bagaimana calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dipukul oleh ahli Pemuda Pas sewaktu hari penamaan.

Ramai yang tidak percaya kerana ‘mana mungkin Pas akan bertindak begitu pada rakan komponennya’.

Ternyata hari ini semuanya terbongkar apabila Chegubard sendiri meluahkan perasaan sedih yang menimpa diri serta keluarganya dalam insiden tersebut.

(klik DI SINI untuk mengetahui kisah Chegubard dipukul)

Untuk rekod, PKR meletakkan Chegubard di DUN Sungai Acheh sementara PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Mat Piah.

PAS mendakwa kerusi berkenaan kepunyaan PAS yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU 2008.

Untuk itu, Chegubard akan menentang Mohd Yusni Mat Piah dan penyandang kerusi, Datuk Mahmud Zakaria daripada BN.

” Hari ini tak mungkin saya sebut secara terus terang…tapi tak mengapalah…saya sangat sebak…saya boleh lawan UMNO dan Barisan Nasional secara berdepan tapi saya tak ada pengalaman bergaduh dengan ‘adik beradik’ sendiri.

” Pagi ini saya disambut dengan caci maki, saya ditolak, muka saya ditampar..isteri saya juga ditolak,” katanya.

Sebenarnya, Chegubard kena renung dan muhasabah diri kenapa dia diperlakukan demikian.

Semua orang tahu Chegubard agak ekstrem dalam perjuangan politiknya hingga beberapa kali terlibat dalam perhimpunan haram termasuk ditahan kerana bertindak agresif dengan pihak polis.

Seterusnya klik di sini...

4 comments:

Anonymous said...

mampos ko !!!!

1suara said...

padan muka!
muka tembok!

Anonymous said...

Kpd pengundi2 atas pagar mcm aku, sudah jelas sikap sebenar ahli2 parti komponen dlm PR... ingatkan lebih berdisiplin & bermoral rupa2nya 2x5 dgn BN. Kalau terpilih pun asyik bergaduh sesama sendiri buat apa!

Anonymous said...

Lama jugak aku memerhatikan manusia2 berpolitik baik didalam negara mahupun luar negara!

Aku pernah berpesan pada blog2 besar PAS dan PKR tentang perkataan2 dan cerita2 fitnah yg mereka cipta agar dihentikan tetapi mereka balik menyalahkan UMNO.

Saudara2 dan saudari, PAS, PKR dan DAP akan hancur dengan sendirinya hasil dari lidah2, tangan2 dan perbuatan mereka yg Melampaui Batas.

mereka tidak sesekali akan berjaya selagi org yg telah terkena fitnah mereka ini tidak memaafkan mereka.

marilah kita sama2 berdoa agar Allah SWT memberi hidayah pada mereka2 dan mengukuhkan kedudukan org2 yg Benar!

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates