Wednesday, April 3, 2013

2 #TolakPR - 40 Ahli PKR Sungai Siput Sertai UMNO


SUNGAI SIPUT - Seramai 40 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bertindak keluar dari parti itu kerana kecewa terhadap pucuk pimpinan yang tidak memberi laluan kepada anggota menyuarakan pandangan.

Ketua Pemuda PKR bahagian Sungai Siput, Aminuddin Mohd. Shukri menyerahkan borang kumpulan itu menyertai UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Sungai Siput, Datuk Dzulkifli Harun di Wisma UMNO Sungai Siput di sini.

Aminuddin berkata, mereka melihat tiada kesepakatan antara pucuk pimpinan dan anggota parti selain pembangkang tidak boleh dijamin mentadbir negara dengan baik jika diberi mandat untuk memerintah.

"Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, bagaimana nak bersatu. Duduk dalam parti tapi tiada kesepakatan, bagaimana nak mentadbir negara. Boleh ke mentadbir negara dengan tiada sehaluan. Mentadbir negara bukan perkara yang boleh buat main-main," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang pernah menyokong UMNO selama 20 tahun berkata, kawasan mereka tidak mempunyai perubahan terutama daripada aspek pembangunan sejak pembangkang menang di kerusi Parlimen Sungai Siput pada 2008.

Kawasan itu disandang Dr. Micheal D.Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang bertanding atas tiket PKR dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri S. Samy Vellu dan calon Bebas Nor Rizan Oon dengan majoriti 1,821 undi.

Aminuddin berkata, mereka juga difahamkan pucuk pimpinan PKR merestui calon PSM untuk bertanding atas tiket sendiri di kawasan parlimen berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Beliau yang menjawat jawatan ketua pemuda sejak 2001 akan mengatur strategi supaya BN dapat merampas semula kawasan berkenaan.

Sementara itu, Dzulkifli berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Aminuddin dan anggotanya kerana memberi sokongan kepada BN.

"UMNO bahagian bangga kerana kembalinya bekas pemimpin PKR yang juga anak didik saya dahulu. Tepat pada masanya...kehilangan keyakinan mereka kepada pembangkang dapat membantu BN Sungai Siput," katanya. -Bernama

2 comments:

Daeng Selili said...

good info..

saalam seperjuangan,mohon pautkan blog kecil saya disini..

http://daengselili.blogspot.com/

saya telah pautakn bro jinggo disana :)

Uruk Hai said...

Salam Bro..mohon dipautkan blog saya uruk, mediauruk.blogspot.com dihalaman bro...untuk makluman blog bro sudah pun saya pautkan kembali dihalaman saya...terima kasih salam perjuangan....

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates